20 December 2019

HANI TINGGALKAN ERA SELEPAS 5 TAHUN, INGIN BELAJAR DI KOREA


"Lima tahun yang lepas saya diberikan peluang untuk bekerja di sebuah stesen radio nombor satu negara iaitu ERA. Banyak perkara yang saya dapat sepanjang bekerja di situ. Walau bagaimanapun, saya ingin membuat pengumuman kepada semua bahawasanya saya sudah memilih untuk melebarkan sayap bagi mencuba perkara baru.





Oleh sebab itu, saya membuat keputusan untuk tidak meneruskan kontrak saya. Sedihnya, 31 Disember ini akan menjadi hari terakhir saya sebagai penyampai radio di ERA. Manakala 28 haribulan pulak akan menjadi hari terakhir saya bersama program kegemaran saya, Hallyu ERA.

"Saya harap anda semua akan terus menyokong tidak kisah apa sahaja yang dilakukan oleh saya," demikian kata penyampai radio dan pengacara Hani Fadzil yang mengejutkan ramai apabila mengumumkan berhenti dari stesen radio Malaysia, ERA.

Klik untuk gambar besar


Menurut Hani, 31 Disember ini adalah hari terakhirnya bergelar seorang deejay (DJ). Perkongsian itu dibuat menerusi Instagram TV miliknya semalam. Dalam pada itu, Hani atau nama sebenarnya Intan Farhani Mohd Fadzil menidakkan sekiranya timbul spekulasi dirinya menamatkan khidmat disebabkan mendapat tawaran lain.

"Saya berhenti bukan kerana terima tawaran lain. Keputusan ini datang daripada diri saya sendiri. Antara salah satu sebab adalah ingin melanjutkan pelajaran di Korea di samping sedang berusaha untuk mendapatkan tajaan biasiswa.

"Ini tidak bermakna saya akan berhenti terus dalam industri hiburan. Anda semua masih akan lihat saya," jelasnya lagi yang memulakan kerjaya penyampai radio bersama stesen terbabit pada sekitar 2014 selepas dinobatkan juara Penyampai Top Malaysia ERA bersama Radin dan dia juga dikenali menerusi program Majlis di saluran Astro.


www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Hani Fadzil


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: