20 December 2019

"PENAT TERPAKSA JAGA HATI & PERASAAN ORANG LAIN" - TIZ ZAQYAH SELESA SOLO


Pelakon Tiz Zaqyah sebelum ini sering berkongsikan fotonya bersama kekasih, Syed Hafiz di laman sosial sejak mula bercinta pada Disember tahun lalu. Bagaimanapun kini, Tiz mengakui dia sudah putus cinta dengan jejaka itu sejak beberapa bulan lalu.





Menurut pelakon drama bersiri 'Sara Sajeeda' di TV3 itu, hubungan dengan kekasihnya itu berakhir kerana tiada persefahaman. Akui sedih hubungan cinta yang dibina terputus ditengah jalan, namun Tiz menganggap tiada jodoh antara mereka untuk sampai ke jinjang pelamin.

"Penat terpaksa jaga hati dan perasaan orang lain. Siapa yang tidak sedih apabila putus cinta, tetapi saya anggap kami tiada jodoh untuk berkahwin. Buat apa saya nak bertahan jika hubungan percintaan itu tidak boleh diteruskan?" ujarnya.

Meskipun beberapa berdepan kegagalan dalam bercinta, Tiz berkta dia tidak serik untuk bercinta lagi dan mahu membuka buku baru. Namun, Tiz berkata buat masa ini dia mahu fokus dalam bidang lakonan selepas berehat lama sebelum ini.

Klik untuk gambar besar


"Saya tidak serik untuk bercinta lagi selepas ini. Pada masa sama, saya juga terbuka untuk berkawan dengan orang lain dan mahu buka buku baru. Saya baru aktif semula selepas berehat lama sebelum ini," kata Tiz atau nama sebenarnya Siti Zaqyah Abdul Razak, 31.

Sebelum ini, kisah cinta Tiz bersama kekasih yang dikenali sebagai Syed Hafiz itu mula diperkatakan netizen di media sosial sejak Januari lalu. Tiz juga dikatakan terbuka berkongsi kisah cintanya dengan kekasihnya itu dengan memuatnaik gambar bersama ketika menikmati makan malam termasuk meraikan hari jadinya di Instagram, sebelum ini.

Selain itu, Tiz juga pernah bercinta dengan Daniel Haziq tetapi hubungan itu juga putus di tengah jalan tidak lama dulu. Kalau bercinta, mestilah kita mahu ia kekal sehingga ke jinjang pelamin. Tapi apakan daya jikalau jodoh tiada dan 'selamanya' itu hanyalah angan-angan.






www.myartis.com / Sumber & foto: Harian Metro & Instagram Tiz Zaqyah


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: