19 December 2019

IZARA MUATNAIK FOTO LEBAM: "DI MALAYSIA NI YOU DIE BARU STOP SHOOTING"


Menerusi muatnaik di Twitter, pelakon Izara Aishah telah memuatnaik beberapa keping foto wajahnya yang lebam serta bahagian hadapan gigi yang sumpik. Dalam status tersebut, Izara mendedahkan mengalami kecederaan teruk disebabkan kemalangan yang berlaku sekitar empat bulan lalu ketika menjalani penggambaran drama bersiri 'Ombak Rindu'. Penggambaran 'Ombak Rindu' itu dijalankan di pulau peranginan popular, Pulau Langkawi, Kedah.





Foto tersebut rata-rata mendapat perhatian pengikutnya yang berasa kasihan melihat keadaanya itu. Beberapa netizen yang melihat entri tersebut meluahkan rasa marah kerana dia diperlakukan sedemikian. Bagi mereka, pihak produksi drama sepatutnya lebih berhati-hati ketika menguruskan babak seperti ini.

Menurut Izara, ada babak di dalam drama itu yang memaparkan wajahnya yang benar-benar lebam dan bukannya kerana efek solekan. Walaupun cuba menutup kecederaan tersebut dengan solekan tetapi ia kelihatan agak janggal: "Shooting dekat Malaysia ni kau meninggal baru mereka nak hentikan penggambaran. Kalau tak kau kena teruskan juga".

Izara menjelaskan walaupun dia berkeras untuk meneruskan penggambaran namun dihalang oleh pihak produksi: "Sejurus kemalangan, pihak produksi membawa saya ke hospital untuk mendapatkan rawatan dan doktor memaklumkan keadaan saya okey, tiada yang serius.

Klik untuk gambar besar


"Dan saya juga bersemangat untuk kembali ke lokasi penggambaran. Saya cuba untuk meneruskan kerja namun pihak produksi berpendapat, saya harus berehat sebelum benar-benar bersedia. Jadi, saya bercuti selama seminggu," katanya.

Dalam pada itu, Izara akui suaminya, Muhammad Adib berasa terkejut selepas menerima berita tersebut malah menasihatinya agar segera kembali ke Kuala Lumpur: "Suami saya sangat terkejut serta bimbang dengan keadaan saya. Dia juga menasihati agar saya segera kembali ke Kuala Lumpur untuk mendapatkan rawatan lanjut. Saya terangkan pada suami. Alhamdulillah dia memahami. Syukur semuanya okey".

Memang lumrah jadi pelakon supaya mematuhi segala apa yang berlaku di set penggambaran. Sama seperti apa yang didedahkan oleh Izara Aishah yang sedang merakamkan drama 'Ombak Rindu' yang ditayangkan di laman penstriman iflix.


www.myartis.com / Sumber & foto: mStar, Astro Gempak & Twitter Izara Aishah


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: