19 December 2019

BILA SUAMI HADIAHKAN IFA RAZIAH KERETA MINI COOPER S


"Ini adalah kejutan daripada suami. Sejujurnya, saya tidak mengharapkan apa-apa hadiah. Sebab, keberadaan dan apa yang dia buat untuk saya selama ini lebih daripada cukup. Itu sudah buatkan saya bersyukur. Pendek kata, dia ada bersama saya dalam apa juga keadaan.





Cuma, sebelum ini saya pernah cakap teringin nak bawa kereta sendiri. Tapi tidak mahu yang besar sebab susah nak parkir. Tidak menjangka pula dia hadiahkan kereta ini. Jadi, kereta ini saya pandu sendiri pergi hantar dan ambil anak dari sekolah.

"Akhirnya dapat juga saya memandu kereta," demikian kata artis serba boleh, Ifa Raziah Ifa, 44, atau nama sebenarnya Saripah Raziah Mustapha yang berkongsi kegembiraan mendapat hadiah kereta Mini Cooper S (Sport) dua pintu yang dianggarkan berharga RM300,000 daripada suami, Mohd Yani sempena ulang tahun ke-15 perkahwinan mereka baru-baru ini dan turut memberitahu, kereta kedua itu diberikan suami selepas kali pertama pada 2005 iaitu BMW 3 Series.

Klik untuk gambar besar


Dalam masa sama, Ifa berkongsi anak sulungnya, Sharifah Putri Umairah, 20, dilatih untuk mewarisi perniagaan dijalankan: "Daripada dia bekerja dengan orang lain, lebih baik bantu saya menguruskan perniagaan. Saya lantik dia sebagai pengurus dan dalam masa sama memantau perniagaan produk Solid Molid ini. Pada awalnya, dia berasa tidak suka dan terpaksa. Tapi, selepas saya beritahu tujuannya, dia akur.

"Bukan apa, saya mahu dia belajar dari bawah dan berusaha untuk memajukan diri. Lagi pula, perniagaan ini memang untuk anak. Kalau suatu hari nanti saya dan suami sudah tiada, mereka kena teruskan. Ketika itu, mereka sudah ada segalanya. Tidaklah berasa susah," ujar Ifa yang kini terbabit dalam drama 'Janda Metropolitan' dan turut berkata, dia juga sudah menyediakan rumah setiap seorang untuk kedua-dua anaknya.


www.myartis.com / Sumber & foto: Harian Metro & Instagram Ifa Raziah


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: