19 December 2019

TEMUI VIDEO BERAHI SUAMI BERSAMA WANITA LAIN - ISTERI PENDAKWAH TERTEKAN


Kontroversi rumah tangga beberapa pendakwah selebriti sehingga kini masih belum reda lagi tetapi sudah timbul pula kisah terbaharu membabitkan seorang lagi penceramah bebas kelahiran program realiti yang didakwa berlaku curang. Pendedahan tersebut dilakukan isterinya yang hanya dikenali sebagai A.





A mendakwa dirinya sudah tidak mampu untuk menanggung beban dan penderitaan sepanjang empat tahun perkahwinannya dengan selebriti terbabit. Tambah wanitaitu, dia mengalami tekanan emosi ekoran perbuatan buruk suaminya yang beberapa kali 'terkantoi' kerana curang.

"Bukan niat saya untuk membuka aib suami kepada khalayak, namun saya tak mahu mereka terpedaya dengan penampilan golongan sebegini. Bayangkan suami saya sanggup melakukan panggilan tidak senonoh dengan wanita lain. Semuanya terbongkar selepas saya menemui rakaman video tersebut yang disimpan dalam telefon bimbitnya," ujar wanita tersebut.

Klik untuk gambar besar


Lebih mengejutkan, A mendedahkan ia bukanlah kali pertama suaminya melakukan perkara seumpama itu. Dia juga mendakwa turut menemui beberapa keping gambar bekas teman wanita suaminya yang dikongsi melalui pesanan peribadi (DM) di laman sosial Instagram.

"Ini bukan kali pertama, sebelum ini dia pernah bertukar gambar berahi dengan bekas teman wanitanya menerusi DM di Instagram. Namun saya memaafkannya dengan harapan dia akan berubah. Namun sangkaan saya meleset, dia masih berperangai buruk biarpun selepas kami dikurniakan cahaya mata. Kejadian yang berlaku telah menyebabkan saya mengalami tekanan perasaan," jelasnya.



Bukan itu sahaja, peserta program realiti yang berusia 29 tahun itu juga dikatakan sering menghantar kiriman dalam bentuk DM kepada gadis-gadis muda secara rawak di Instagram dengan niat untuk memulakan perbualan tidak senonoh.

"Sepatutnya dia gunakan gelaran yang dipikulnya untuk berdakwah dan menegakkan agama, tapi lain pula jadinya. Dia menggunakan pengaruhnya di laman sosial untuk berkenalan dengan beberapa gadis muda. Malah saya diberitahu oleh beberapa mangsanya yang dia sering memulakan perbualan mesra malah cuba untuk membuat panggilan video," tambahnya.

Wanita terbabit yang tampil mendedahkan perkara tersebut itu juga berhasrat untuk membuat tuntutan fasakh terhadap suaminya itu. Dalam pada itu, pendakwah terbabit menghubungi memohon agar isu berkenaan tidak dipanjangkan. Dia bagaimanapun enggan memberi ulasan lanjut berhubung tuduhan isterinya itu.


www.myartis.com / Sumber & foto: mStar


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: