19 December 2019

MAWAR RASHID: "MOMMY.. ANAK BUAH... NENEK, MAID & ARFAN DAH JANGKIT....."


Pelakon Mawar Rashid menerusi laman Instagram telah mendedahkan dirinya sudah dijangkiti virus demam selepas anak lelakinya, Raden Muhammad Rafael positif Influenza A. Namun, bukan sahaja Mawar malah beberapa orang ahli keluarga serta pembantu rumah turut sama jatuh sakit.





"Maaf baby mommy kena kerja. Mommy harap mommy boleh jaga awak. Sekarang mommy dalam perjalanan ke Fraser. Mommy pun dah jangkit ni. Be careful guys. Anak buah Mawar tiga orang dalam hospital. Nenek, maid dan Arfan dah jangkit influenza A. Kami semua dah jangkit. Be careful semua. Jangan kluar rumah sangat okay.. Bye @radenrafaelraf," tulisnya menerusi rakaman video di Instagram TV.

Selang beberapa jam menerusi sebuah entri terbaru, isteri kepada aktor Raf Yaakob ini menyatakan keadaan Rafael makin pulih. Dalam pada itu, Mawar atau nama sebenarnya Wan Mawar Shaputri Wan Abdul Rashid turut kongsi tanda-tanda jangkitan Influenza A yang dialaminya bersama Rafael.

Klik untuk gambar besar


"Rafael dah baik alhamdulillah. Btw, ramai yang mesej MekWa tanya apa simptom influenza ni? Based on my experience, influenza ni macam kita duk demam tu la. Tapi demam dia lain macam. Dia lebih sakit dari demam biasa. Macam mawar ni, dia tangkap kepala dulu. Sakit gila kepala, pastu jadi lemah, badan lenguh teruk, pastu selsema dan batuk.

"Tu semua tanda-tanda dia. That’s why zaman sekarang ni, kalau demam tolong la pergi jumpa doktor. Influenza ni senang gila jangkit. Jadi kena kuarantin. Rafael punya deman pulak, suhu dia sampai 40c, tu yang bergegas jumpa doktor, lepas tu terus dapat tahu positive influenza. Take care all. Sekarang ni memang musim influenza," kongsinya lagi.

Untuk makluman, Mawar dan Raf mendirikan rumah tangga pada 9 November 2017 dan dikurniakan dengan kehadiran Rafael pada 13 Mac lepas. Mawar turut mempunyai dua orang anak tiri, Rayyan, 8 dan Raysaa, 4, hasil perkahwinan Raf bersama bekas isteri.






www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Mawar Rashid


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: