19 December 2019

8 JAM DI HOSPITAL, BERSALIN AHAD INI - ALIFF SYUKRI MOHON MAAF PADA ISTERI


"Mohon maaf sahabat gaduh, cinta, isteri tak sanggup tngok.. Wife abang nampak happy tapi sebenarnya dia sedang menahan kesakitan yang lebih sakit daripada nak mati dan abg menyempat rakam utk youtube abg..





"Sebenarnya wife abg akan beranak pada hari Ahad ni.. tapi semalam dah start rasa sakit jadi doctor cakap emergency kena branak hari ni.. Jadi semua benda cancel demi menemani isteri yang akan bersabung nyawa untuk melahirkan zuriat abang..

"Bagi abang ini adalah pengalaman yang perlu dirasai setiap suami.. kerana ia tidak boleh di ulang lagi.. Bila kita menemankan isteri kita dalam labour room ni.. Benda pertama sekali suami akan rasa perasaan terlalu bersalah dan terus hilang semua ego.. maklumlah.. lelaki kan selalu nak memang....

"Sebab tu hari ini abang nak minta maaf dgn pasangan gaduh, cinta, isteri, sayann saya @shahidadherbs kalau saya ada salah kat awak. Orang mungkin tengok kami bahagia di laman sosial tapi orang tak tahu apa yang berlaku di sebaliknya..

Klik untuk gambar besar


"Berbagai dugaan dalam rumah tangga ini .. Hanya orang yang dah kahwin sahaja tahu .. Tapi sy yakin yg terbaik utk awak dan awak terbaik utk sy sampai mati syg kalau tengok dugaan wanita yang ingin melahirkan anak secara live..

"Terasa macam nak menjadi seorang suami lindungan syurga.. nak ikut jee smua cakap isteri.. sbb tu abg x malu nak mintak maaf .. Abg harap kami punya jodoh panjang sampai ke mati.... sbb tak sanggup nak tngok dia sakit.. Doakan wife abg selamat dan mudah melahirkanya.. ni dah 8jam duduk sini.. dr pagi sampai petang..

"(Untuk melihat video penuh abang akan posting dekat YouTube 08:00 malam ini di YouTube tv Telajak laris jangan lupa tonton) Macam mana lagu terbaru #harumansyurga sedap tak??," demikian tulis usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri di laman Instagram miliknya.



Bakal menimang anak kelima tidak lama lagi, Aliff Syukri memaklumkan isterinya, Datin Seri Shahida kini berada di dewan bersalin. Hampir lapan jam menanti dan memantau perkembangan si isteri dan bayi yang bakal lahir, Aliff Syukri yang bergelar penyanyi ini menjelaskan, dia berjanji untuk menjadi suami yang lebih baik.

Malah jelasnya, orang luar sentiasa melihat mereka pasangan bahagia, namun dugaan berumahtangga hanya mereka berdua sahaja yang tahu. Melihat pada ruangan komen, rata-rata netienmengucapkan tahniah buat pasangan ini kerana bakal menerima kehadiran orang baru dalam keluarga mereka.

Untuk makluman, Aliff Syukri dan Shahida mendirikan rumah tangga pada Ogos 2007 dan telah dikurniakan empat cahaya mata sebelum ini serta mempunyai seorang anak angkat.




www.myartis.com / Sumber & foto: Media Hiburan & Instagram Aliff Syukri


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: