20 December 2019

ISTERI ALIFF SYUKRI SELAMAT LAHIRKAN ANAK KELIMA


"Terima kasih Datim Dr @suesalleh1970 ..Dr yg bantu rawat dan bantu wife saya sepanjang proses mengandung dan juga bersalin tadi...





"Alhamdulillah semua selamat bersalin petang tadi... wife saya paling suka Dr @suesalleh1970 ni...ajak bersalin dekat2 area rumah x nak dia sebab nak juga dengan Dr ni...

"Dr ni sambut yusof dan juga baby yg baru lahir tadi...terima kasih mudahan Dr sihat selalu," demikian kongsi Datuk Seri Aliff Syukri apabila isterinya, Datin Seri Nur Shahida telah selamat menimang anak kelima mereka petang semalam.

Klik untuk gambar besar


Buat masa ini, mereka berdua masih belum menamakan atau mendedahkan jantina anak yang lahir kira-kira jam 5.30 petang itu.

Sebelum ini, Aliff dan Shahida mempunyai empat orang anak iaitu Ammaar Ahyan, Qadejah El Zahra, Ibraheem Adham, Yusoff Al Qardawi dan seorang anak angkat.

Tahniah diucapkan!









         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: