05 December 2019

"KALAU NAK BERCERAI... LILLAHI TA' ALA, BUKAN DATANG DARIPADA SAYA" - SHARNAAZ


"Kalau nak bercerai, tak payah cakap banyak saya masuk dalam (dewan), saya dah bercerai tapi kita ada prosedur dan undang-undang. Buat apa saya kahwin dengan dia kalau niat untuk bercerai. Kalau nak bercerai itu, Lillahi Ta'ala, bukan datang daripada saya.





"Saya berkahwin dan tak ada niat untuk ceraikan dia. Biar yang itu (kes perceraian) mahkamah yang putuskan," ujar pelakon Sharnaaz Ahmad yang memberitahu sebagai seorang suami wajib mempertahankan rumah tangga yang dibina bersama ahli perniagaan yang juga kakak kepada pelakon, pengacara dan usahawan Noor Neelofa iaitu Noor Nabila Mohd Noor.

Bagaimanapun, pelakon filem 'Juvana' ini berkata, dia menerima andai takdir sudah menentukan hubungan yang dibina selama dua tahun itu terpaksa berakhir. Sharnaaz berkata demikian ketika ditemui selepas selesai prosiding kes perceraiannya yang dijalankan secara tertutup di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur, pada Rabu.

Klik untuk gambar besar


Pada 6 November lalu, mahkamah memerintah melantik wakil dalam proses timbang tara (hakam) berhubung kes perceraian pasangan tersebut selepas kedua-dua pihak gagal mencapai penyelesaian dalam Jawatankuasa Pendamai (JKP) yang dilantik sebelum ini.

Hakam adalah proses diperuntukkan mengikut Seksyen 47(14) dan seksyen 48 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1984. Menerusi proses itu, mahkamah mempunyai kuasa melantik dari kalangan saudara-mara terdekat kedua-dua pihak, iaitu dua penimbang tara yang mempunyai makluman berkaitan rumah tangga pemohon dan defendan.

Susulan itu, peguam syarie, Datuk Akberdin Abdul Kader yang mewakili Sharnaaz memberitahu pihaknya melantik salah seorang rakan baiknya, manakala Noor Nabila memilih bapa tirinya. Sehubungan itu, Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur menetapkan 16 Januari depan bagi keputusan hakam manakala sebutan semula permohonan nusyuz yang difailkan Sharnaaz pada 25 Februari tahun hadapan.



Dalam pada itu, apabila ditanya mengenai perasaannya terhadap Nabila, pelakon drama 'Dia Yang KU Cinta' itu menganggap ia sesuatu perkara yang subjektif. Bagaimanapun, dia menegaskan dirinya sudah mencuba untuk mempertahankan rumah tangga yang dibina sejak dua tahun lalu.

"Sayang atau tidak itu adalah subjektif tapi mempertahankan itu wajib. Sebab mati nanti Allah tanya saya kenapa tak pertahankan, saya dah cuba," katanya yang turut memberitahu dia belum memulakan langkah seterusnya berhubung dengan hak penjagaan anak mereka iaitu Jebat Jayden Ahmad.

Terdahulu, Sharnaaz telah menfailkan permohonan nusyuz terhadap isterinya itu pada 30 September lalu. Pasangan itu berkahwin pada 31 Mac 2017 di sebuah hotel di Petaling Jaya, Selangor dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Jebat Jayden Ahmad yang kini berusia setahun.




www.myartis.com / Sumber: mStar


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: