22 December 2019

"KITA KALAU DAH RAPAT... ADA PERASAAN SAYANG" - ISMAIL IZZANI


"Saya dan dia masih berkawan dan memang kami rapat sebab kongsi minat yang sama iaitu muzik. Sebenarnya keluarga saya dan keluarga dia pun sudah saling mengenali. Jadi, apa yang saya kongsi di Instagram itu adalah sesuatu perkara yang baik, dia pun masih baru dalam industri seni.





"Kita kalau dah rapat dengan seseorang sudah semestinya ada perasaan sayang. Apa yang saya boleh katakan, saya memang sayang dia," demikian kata penyanyi Ismail Izzani yang kini berkongsi hubungan dengan penyanyi baharu, Shalma Eliana di laman sosial.

Ismail atau nama penuhnya Ismail Izzani Zainal Nazeri, 19, berkata perasaan sayang terhadap satu sama lain mula timbul sejak mereka berkata rapat. Malah penyanyi lagu 'Cinta' ini juga mendedahkan keluarga kedua-dua belah pihak sudah saling mengenali.

Klik untuk gambar besar


Dalam pada itu, Ismail menyedari pasti ada pihak yang beranggapan Shalma cuba mendekatinya disebabkan ingin menumpang populariti. Namun menurut Ismail, dia yang mengenali Shalma sejak berusia 14 tahun yakin penyanyi itu seorang yang baik dan tiada istilah ingin mengambil kesempatan terhadap dirinya.

"Kalau kata dia menggunakan saya, itu perkara pertama saya fikir dulu. Tapi, mengenalinya sejak dari tingkatan dua, dia bukan sebegitu. Kami dah lama kenal tapi sekarang ini baru betul-betul mengenali hati budi satu sama lain. Dia seorang yang baik, ikhlas dan sweet girl," ujarnya.




www.myartis.com / Sumber: mStar & Instagram Hlive


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: