22 December 2019

SELAMAT NIKAHI PENGURUS - FITRI HARIS ENGGAN DEDAH TARIKH, LOKASI


"Alhamdulillah, saya dan Fazilah sudah bernikah tapi tarikh dan lokasi itu biarlah kami rahsiakan sebab atas permintaan kedua-dua pihak keluarga. Apa yang saya boleh kongsikan adalah majlis pernikahan itu diadakan secara tertutup pada baru-baru ini dan hanya dihadiri keluarga terdekat sahaja," jelas juara program realiti Gema Gegar Vaganza musim kedua (GGV2), penyanyi Fitri Haris, 35, yang mengumumkan dia sudah bernikah dengan pengurusnya sendiri iaitu Fazilah Omar, 32, baru-baru ini, selepas lapan tahun menduda.





Bagaimanapun, juara program realiti Gema Gegar Vaganza (GGV) musim kedua itu enggan berkongsi tarikh dan lokasi majlis pernikahan mereka. Menurut Fitri pernikahannya hanya dihadiri oleh ahli keluarga terdekat serta dibuat secara tertutup. Dalam pada itu, Fitri mendedahkan dia telah melakukan solat istikarah sebelum membuat keputusan untuk menikahi pengurusnya.

Kata bekas anggota kumpulan UNIC itu, dia sememangnya tidak menyangka akan bertemu jodoh dengan wanita yang sentiasa berada di depan mata, sejak pembabitannya dalam GGV2: "Selama ini, saya memang tidak menyimpan sebarang perasaan terhadapnya kerana hubungan kami adalah atas paksi kerja. Masing-masing bersikap profesional. Malah, saya sudah menganggapnya seperti keluarga sendiri.

"Sebenarnya saya dan dia tidak pernah menyimpan sebarang perasaan sebab kami bekerja secara profesional selama ini dan anggap sebagai keluarga. Tak terfikir pun yang dia akan menjadi pasangan hidup saya. Selama ini saya buta sebab dia ada saja di depan mata saya dan menjaga saya dengan baik tapi saya tak nampak. Tapi ini semua aturan Allah. Selepas melakukan solat istikarah pada tiga bulan lalu, saya hanya nampak wajah dia saja. Selepas itu, saya terus hubungi keluarga untuk menghantar rombongan.

Klik untuk gambar besar


"Namun, semua ini aturan Tuhan. Selepas mengadakan solat istikharah, kira-kira tiga bulan lalu, saya nampak wajah isteri. Jadi, pada awalnya berasa kekok juga kerana selama ini tiada apa-apa perasaan terjalin antara kami. Kini ia menjadi sebaliknya. Ia juga tidak ubah seperti tajuk cerita... Isteriku pengurusku," katanya.

Fitri yang mula mengenali Fazilah ketika menyertai GGV2 pada awalnya menganggap Fazilah seperti keluarganya. Fitri memberitahu Fazilah mula menguruskan kerjayanya semenjak dia menyertai GGV2 pada 2018. "Ibu saya ada menyuarakan hasrat untuk melihat saya berumah tangga kerana pada ketika itu, komitmen saya kepada pengajian Doktor Falsafah (PhD) saya pun dah nak selesai.

"Kami kenal antara satu sama lain ketika Fazilah menjadi pengurus saya di dalam program GGV dan pada awalnya, saya anggap dia seperti sebahagian daripada keluarga saya. Jadi, apabila sudah berkahwin dan bertentang mata, ada rasa kekok sedikit. Sebelum ini, saya ada rasa trauma untuk berkahwin, tapi sebenarnya saya 'buta' kerana jodoh saya rupanya ada di depan mata," ujarnya.



Selain majlis resepsi yang diadakan secara tertutup yang diadakan di Hotel Dorsett, Kuala Lumpur semalam, Fitri dan isteri sekali lagi akan diraikan dalam satu lagi majlis yang akan berlangsung esok di kediamannya di Semenyih. Fitri dan isterinya itu akan berbulan madu di Bandung, Indonesia, dalam masa terdekat.

"Pada awalnya, saya tak merancang pun untuk mengadakan majlis resepsi. Tapi, bila difikirkan semula, saya bersetuju untuk memperkenalkan isteri dalam satu majlis. Insya-Allah dalam beberapa hari lagi, kami akan bercuti di Bandung untuk berbulan madu," tuturnya.

Terdahulu, Fitri memiliki seorang isteri sebelum bernikah seorang lagi di Songkhla, Thailand pada 12 Mei 2009. Bagaimanapun, hubungan itu tidak bertahan lama apabila dia bercerai dengan isteri pertama sebulan selepas berkahwin dengan isteri kedua. Kemudian dia bercerai pula dengan isteri kedua dua minggu selepas itu.

Pada 9 September 2012, Fitri berkahwin kali ketiga namun perkahwinan itu juga berakhir dengan perceraian. Bekas anggota kumpulan nasyid UNIC ini mempunyai seorang anak bernama Sofea Solehah, 15, yang menetap bersama bekas isteri di Singapura. Selain itu, Fazilah sendiri sudah empat tahun bersendirian dan mempunyai seorang anak lelaki bernama Qhalish Rayyan Adam yang kini berusia sembilan tahun.








www.myartis.com / Sumber & foto: Berita Harian, Astro Gempak, Harian Metro & Instagram Fitri Haris


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: