17 December 2019

LUFYA TAK PENTINGKAN POPULARITI ANAK: "MAHU DIA JADI DATUK PROF DR MUHAYA..."


Semua sedia maklum mengenai kemelut rumah tangganya yang melanda pealakon Lufya Omar yang sehingga kini masih tiada kesudahan lagi. Meskipun begitu, Lufya tetap meneruskan kehidupan seperti biasa bersama anak tunggalnya, Laana Haura kini berusia 2 tahun.





Menurut Lufya, dia menaruh harapan besar terhadap anaknya dan mahu membesarkannya dengan ilmu agama agar dapat menjadi seorang insan yang mampu memberi manfaat kepada masyarakat. Kalau dah bergelar selebriti, ada yang tidak kisah jika anak mereka bakal mengikut jejak langkah mereka suatu hari nanti.

Namun tidak bagi Lufya kerana menurutnya dia tidak mementingkan populariti buat Haura kerana pendidikan dan ilmu agama adalah aspek yang lebih penting. Lufya berhasrat untuk membesarkan anaknya perempuannya itu dengan ilmu agama agar dapat menjadi seorang insan yang mampu memberi manfaat kepada masyarakat.

Klik untuk gambar besar


"Saya tidak mementingkan populariti buat anak saya, apa yang lebih penting adalah pendidikan dan ilmu agama. Saya mahu dia jadi seorang anak yang berpendidikan dan mengetahui tentang ilmu Islam, kalau boleh, saya mahu dia jadi seperti tokoh ilmuan Datuk Prof Dr Muhaya Mohamad. Soal populariti itu akan datang sendiri, jika dia popular maka namanya tetap menjadi tumpuan ramai," katanya.

Tambah Lufya, dia kini sedang dalam proses mendalami kitab suci Al-Quran untuk memperbaiki diri dan memberi bimbingan kepada anaknya: "Saya sendiri sedang mempelajari Al-Quran dengan lebih mendalam untuk kebaikan diri dan semestinya untuk membimbing Haura. Jika saya mahu dia membesar menjadi seorang insan yang mengetahui ilmu agama, saya sendiri harus mulakannya dahulu".






www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Lufya Omar


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: