29 December 2019

MEMEY SUHAIZA TERUJA DILANTIK SEBAGAI 'IKON PENYUSUAN 2020'


Pelakon Memey Suhaiza menerusi laman Instagram miliknya telah berkongsi berita gembira apabila diangkat sebagai Ikon Penyusuan 2020 menggantikan pelakon Tya Ariffin. Jelasnya, dia terharu dengan pengiktirafan yang diterima dan menyatakan keterujaan sementelah telah menyusukan anak secara eksklusif daripada tahun 2013 sehingga kini.





"Assalammualaikum... Salam Jumaat. Semoga hari ni hari yg baik utk kita semua. Mummy nak share berita gembira.. Sbb mummy excited... beberapa hari lepas mummy dapat Dm & whatsapp yg mengatakan lantik mummy sebagai ikon penyusuan 2020..

"Rasa terharu n teruja sbb saya adalah ibu yg memperjuangkan Bf anak secara exclusive... Alhamdulillah...dgn izin Allah... rezeki anak 3.. Terima kasih sgt .. sgt sy hargai utk perlantikan ini... Saya dah melalui journey Bf ni dari 2013 sampailah sekarang... tanpa henti,bermula awishz, kikim & now mikayla..

Klik untuk gambar besar


"All the best utk ibu2 bf & bakal2 ibu... Yg paling penting kunci utama adalah set minda kita utk sentiasa POSITIF.. Byk dugaan & cabarannya.. tapi klu kita kekal positif.. InshaAllah kita boleh," tulisnya.

Suami kepada Memey, pelakon Norman Hakim bagaimanapun di ruang komen memberikan reaksi yang mencuit hati netizen: "Alhamdulillah huaaaa.. tahniah cayangku! U deserved it!! Diorang tak nak lantik abg sekali ke?," ulasnya.

Untuk makluman, Memey dan Norman mendirikan rumah tangga pada 2011 dan dikurniakan tiga cahaya mata, Muhammad Darwisz Hakim, 6, Muhammad Dikhriz Hakim, 4, dan Mikayla Delisha, 1 tahun.






www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Memey Suhaiza


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: