29 December 2019

6 FOTO - PENGACARA ANIM EZATI RIZKI SELAMAT BERGELAR ISTERI


Alhamdulillah... tahniah kami ucapkan kepada pengacara Anim Ezati Rizki, 27, yang telah selamat bergelar isteri pilihan hatinya, Mohd Fadli Sahudin, 37, pada jam 5.11 petang semalam dengan hanya sekali lafaz. Majlis akad nikah tersebut berlangsung di Straits Hill Villa, Johor Bahru.





Anim dan Fadli telah dinikahkan oleh Ustaz Fakhrul Razi, kadi daerah Johor Bahru yang disaksikan oleh abang kandungnya, Syazan Amer Khan. Pengantin perempuan telah menerima RM2,000 sebagai mas kahwin manakala RM20,000 sebagai wang hantaran.

Pihak pengantin lelaki memberikan tujuh dulang hantaran kepada pihak perempuan dan turut dibalas tujuh dulang oleh pihak perempuan. Majlis tersebut telah disaksikan kira-kira 300 orang tetamu yang terdiri daripada ahli keluarga, teman rapat dan rakan media.

Terdahulu, Anim mendedahkan hubungannya bersama pemain bola sepak pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT), Safawi Rasid sudah berakhir sejak Januari lalu. Dalam pada itu, Anim dan Fadli juga menjadi pasangan yang dipaparkan di portal terbaru di bawah jenama program perkahwinan popular di TV3, 'Mahligai Cinta'.

Klik untuk gambar besar











www.myartis.com / Sumber: Astro Gempak, Instagram CST Production & Anim Ezati Rizki


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: