10 December 2019

PEMINAT KECEWA GOSIP KAHWIN FIKRY & NANA: "KENAL DAH LAMA" - KHAI BAHAR


"Seperti yang dinafikan oleh Fikry sendiri, perkara itu hanyalah salah faham dan mereka hanya bergurau. Saya kenal Nana dan Fikry dah lama. Jadi bila dengar cerita itu saya hanya gelak sahaja," demikian kata penyanyi Khai Bahar yang memberitahu dia tidak terkesan dengan komen netizen yang mengaitkan dirinya dengan gosip cinta Fikry Ibrahim dengan Siti Nordiana atau lebih mesra disapa Nana.





Khai, 25, berpendapat gosip percintaan Fikry dengan penyanyi lagu 'Hatiku Milikmu' itu hanya sekadar gurauan dan salah faham dalam kalangan peminat. Khai diminta mengulas mengenai sebuah artikel di ruangan gosip yang mendakwa rakanya, Fikry dan Nana bakal melangsungkan perkahwinan pada tahun hadapan.

Susulan kenyataan tersebut, rata-rata peminat melahirkan rasa kecewa dan persoalkan hubungan Khai dan Nana sama ada mereka masih bercinta atau tidak. Dalam pada itu, Khai atau nama penuhnya Muhammad Khairul Baharuddin ini berkata, dia tidak dapat menghalang gosip-gosip yang tular itu dan meminta supaya netizen tidk terburu-buru dalam mempercayai sesuatu gosip.

Klik untuk gambar besar


Disamping itu, Khai memberitahu, dia belum mempunyai sebarang perancangan untuk mengakhiri zaman bujang kerana mahu menumpukan perhatian kepada kerjayanya: "Untuk berkahwin sebenarnya saya masih belum mempunyai target lagi sebab saya sendiri belum cukup stabil untuk fikirkan soal itu. Kahwin pada saya bukan perkara yang boleh dibuat main. InsyaAllah, sampai masa nanti adalah. Jika jodoh itu datang awal, saya terima sahaja," tuturnya.

Sementara itu, tidak kurang juga segelintir netizen yang berpendapat Fikry adalah jauh lebih matang jika dibandingkan dengan Khai biarpun usia yang sama: "Itu atas pandangan individu itu sendiri, saya sendiri tidak boleh mengiyakan atau menidakkan pandangan mereka.

"Apa yang boleh saya cakap setiap orang ada hak masing-masing untuk bagi pendapat dan pandangan," ujar Khai yang sebelum ini pernah digandingkan bersama Nana menerusi drama 'Satukan Rasa' dalam slot MegaDrama Astro Ria yang disiarkan setiap hari Isnin hingga Khamis pukul 10 malam.




www.myartis.com / Sumber: mStar


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: