24 December 2019

RITA BERHAJAT TENGOK ANAK-ANAK JADI AL-HAFIZ SEBELUM TUTUP MATA


"Mommy memang berhajat untuk tengok anak-anak mommy jadi Al-Hafiz sebelum mommy tutup mata. Anak-anak lelaki saham mommy di sana (akhirat). Insya-Allah moga diperkenankan oleh-Nya," demikian tulis pelakon Rita Rudaini yang meluahkan hasratnya untuk melihat anak-anaknya bergelar seorang penghafaz al-Quran atau dikenali dengan gelaran Al-Hafiz.





Perkara itu dikongsikan Rita atau nama penuhnya Rita Rudaini Mokhtar, 43, menerusi satu entri yang dimuatnaik di Instagram miliknya. Dalam entri tersebut, bekas peserta All Stars Buka Panggung itu memuatnaik sepotong video yang memaparkan anak sulungnya, Airit Rayyan Rizqin, 10, yang sedang melakukan hafazan surah dalam al-Quran.

Perkongsian Rita itu kemudian mendapat pelbagai respons dalam kalangan pengikutnya: "Orang kata ya Allah jauhkan kita daripada laki tak guna, Allah gantikan dengan yang lebih baik. Amin." - "Sejuk hati tengok. Sis mommy yang bagus. Cara didikan dari kecil dah teratur." - "Semoga sis terus kuat dan tabah untuk besarkan anak-anak. Saya kagum dengan kehebatan sis," tulis sebahagian komen netizen.

Rita mendirikan rumah tangga dengan Aidil Zafuan Abdul Radzak pada 2008 sebelum bercerai pada September 2013. Hasil perkongsian hidup itu, Rita dikurniakan dua cahaya mata, Airit Rayyan Rizqin, 10, dan Airit Qaqa Arjuna yang kini berusia lapan tahun.

Klik untuk gambar besar







www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Rita Rudaini


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: