07 December 2019

"SAYA IKUT SAHAJA APA MEREKA NAK CEBURI" - YASIN TAK HALANG MINAT ANAK


Sekiranya minat anak-anaknya mahu menceburi bidang seni satu hari nanti, penyanyi Yasin Sulaiman, 44, memberitahu dia tidak pernah menghalang dan berkata sebagai seorang bapa, dia akan sentiasa menyokong apa jua jalan yang dipilih anak-anaknya selagi ia memberikan kebaikan kepada mereka.





"Anak perempuan saya seorang yang petah bercakap dan pernah menjadi hos untuk sebuah rancangan kanak-kanak di Youtube. Cuma, abangnya seorang yang agak introvert, lebih cenderung kepada melukis dan membuat rekaan. Sebenarnya, saya mengikut sahaja apa yang mereka nak ceburi. Kalau berminat dengan dunia seni, saya tetap akan beri sokongan," katanya.

Dalam pada itu, kata Yasin, dia mengakui anak perempuannya memang mempunyai bakat dalam nyanyian: "Saya ada dengar suara dia menyanyi. Saya merasakan dia ada bakat, cuma tak tunjuk lagi keseriusan ke arah itu lagi".

Sebelum ini, anak perempuan Yasin, Malaika pernah mencuri tumpuan netizen selepas pelantun lagu Mimpi Laila itu berkongsi gambar anaknya. Yasin mendirikan rumah tangga dengan Sharifah Eena Houzyama Syed Hassan pada tahun 2005 dan dikurniakan dua cahaya mata, Sameer, 15 dan Malaika, 11.

Klik untuk gambar besar



www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Yasin Sulaiman


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: