07 December 2019

DIANUGERAH IKON PERMOTORAN VIRAL: "YA, AKU OBSES MOTOSIKAL TAPI..." - ACHEY


"Sebenarnya tidak terlintas di fikiran untuk mendapat gelaran ikon di dalam industri, apatah lagi di mata peminat permotoran Malaysia. Ya, aku obses dengan motosikal tapi tidak ke tahap menjadikan diri ini somebody kerana aku berfikiran 'siapa aku', ramai lagi yang layak, ramai lagi yang jauh lebih baik daripada aku," demikian tulis pelawak Achey Bocey di laman Instagram miliknya.





Achey atau nama sebenarnya Mohd. Nasir Hamzah, 33, telah menerima Anugerah Ikon Permotoran Viral Malaysia 2019 atas penglibatan aktifnya dalam dunia permotoran anjuran Himpunan Kelab Motor Malaysia (HKMM). Anugerah tersebut disampaikan Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Mohd. Redzuan Md. Yusof dalam satu majlis yang diadakan di Alor Gajah Melaka baru-baru ini.

Pada masa sama, kata Achey, dia bersyukur kerana diterima baik dalam industri permotoran: "Komuniti permotoran di @hkmm_officialmalaysia membuatkan aku rasa berbaloi berada dalam keluarga permotoran Malaysia. Dengan anugerah ini aku bertambah sayang dengan kominiti permotoran Malaysia. Terima kasih @hkmm_officialmalaysia".

Selain Achey, dua artis lain yang turut menerima pengiktirafan ialah Datuk Awie menerusi Anugerah Selebriti Ikon Permotoran Malaysia 2019 dan Kazar, Anugerah Selebriti Ikon Permotoran Malaysia Sepanjang masa (Retro) 2019.

Klik untuk gambar besar







www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Achey Bocey


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: