06 December 2019

"STOK SUSU CUKUP... MAMA, ABAH..... SEMUA DOAKAN BABY DI DEPAN KAABAH" - ABBY


Pelakon Abby Abadi menerusi laman Instagram telah memaklumkan dia dan suaminya, Faizal Zakaria atau lebih dikenali Jai Ezzany kini telah pun berada di Tanah Suci bagi menunaikan ibadah umrah yang turut disertai ahli keluarganya yang lain termasuk rakan pelakon Memey Suhaiza. Malah detik-detik keberangkatan mereka turut dikongsikan menerusi laman Instagram.





Menerusi salah satu postingnya sebelum ke Tanah Suci pula, bintang 'Gerak Khas' itu ada berkongsi foto susu badan yang sudah sedia tersimpan dan sebelah kaki anak bongsunya, Muhammad Danial Firman yang dilahirkan secara pra-matang. Abby ada bercerita mengenai amaun susu yang diperlukan si anak selama ketiadaanya. Pada masa sama, Abby turut memaklumkan mengenai perkembangan puteranya itu.

"Setelah berkira2, Stok susu yg ditinggalkan ni cukup utk Baby Danial selama lebih 10hari, InshaALLAH. TQ tau Mummy @memeysuhaiza bantu Mama. Mama dapat kumpul 27, Mummy usahakan 10. Ada yg2oz, ada yg 3oz, yg 4oz pun ada. Baby Danial minum 13cc skrg. 1oz bersamaan dgn 30cc. Katalah 1plastik beg buleh minum 5/6kali, cukupkan? Lebih lagi utk 10 hari InshaALLAH.

Klik untuk gambar besar




"Dah 69hari dah hero kecil mama abah ni. Walaupun beratnya turun balik 974gram kerana ada komplikasi pada hati, tapi Mama yakin Baby Danial Mama sangat kuat kan sayang. Mama Abah, Mummy, Papa, Atuk, Nenek, Abang, Kakak semua akan mendoakan Baby Muhammad Danial Firman Mama di depan kaabah nanti agar mendapat Aafiyah dari ALLAH.. Mohon juga doa berterusan dari Sahabat2 disini juga ye.. Amin," tulis Abby.

Terdahulu, Abby melahirkan bayinya itu ketika usia kandungan cecah enam bulan. Dia terpaksa melahirkan bayinya dalam proses pembedahan 27 September lalu selepas mengalami 'turun darah' kerana bacaan darah tinggi meningkat. Pada tahun 2017, Abby pernah mengalami keguguran ketika usia kandungannya berusia lima bulan.

Untuk makluman, Abby mendirikan rumah tangga dengan Faizal pada 14 Ogos 2015. Abby dan Faizal turut mempunyai dua orang anak angkat bernama Muhammad Daiyan Fayyad dan Maisara Dayana Fathia. Semoga Abby dan rakan jemaah lain mendapat umrah mabrur, amin.




















www.myartis.com / Sumber & foto: Media Hiburan & Instagram Abby Abadi


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: