06 December 2019

ANAK REBECCA MASUK HOSPITAL, DIJANGKITI INFLUENZA H1N1


Menerusi laman Instagram, pelakon Datin Nur Rebecca Nur Al-Islam telah memuatnaik foto anaknya, Nor Anggerik Renesmee, 7, terlantar di hospital selepas disahkan menghidap Influenza H1N1. Menurut Rebbeca, anak perempuannya itu kini sedang mendapatkan rawatan di Gleaeagles, Kuala Lumpur.





"Makan malam hari ini (semalam) di hospital menemani cinta hatiku @noranggerikrenesmee yang didapati mmenghidap Influenza H1N1. Nasib bertindak pantas disebabkan penyakit ini sangat merbahaya kerana malam tadi dah menyerang hingga ke tulang sampaikan dia tidak boleh berjalan. Alhamdulillah, Allah bersamamu anakku," tulisnya.

Perkongsian Rebbeca itu kemudian mendapat perhatian dalam kalangan pengikutnya yang mendoakan agar anaknya itu cempat sembuh. Rebecca mendirikan rumah tangga dengan, Datuk Nor Azam Sulaiman pada 14 Januari 2011.

Hasil perkongsian hidup pasangan tersebut dikurniakan empat cahaya mata iaitu Nor Anggun Raverra, Nor Anggerik Renesmee, Nor Aliff Al-Raffael dan Nor Ahmat Al-Reaggan selain dua orang anak angkat, Nor Adam Daniel dan Nor Aurora Riana yang berumur antara setahun hingga 11 tahun.

Klik untuk gambar besar





www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Rebecca Nur Al Islam


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: