02 December 2019

WAWA ZAINAL SELAMAT TIMANG BAYI PEREMPUAN


Wawa Zainal dan Aeril Zafrel telah selamat menimang cahaya mata ketiga mereka iaitu bayi perempuan di Pusat Perubatan Andorra.

"Alhamdulillah..... terima kasih semua atas doanya.. muka dia sebijik macam @w4w4_zainal," kongsi Aeril meluahkan rasa syukur di atas kelahiran bayi perempuannya itu serta mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang mendoakan mereka.





"Happy birthday day soulmate @aeril_zafrel.. sepatut nya due @ayyasoffya harini. Sama date ngn awk. Hehe.. selamat berjuang kembali tukar pampers baby, susu kan. Pujuk baby. Tq teman saya bertarung nyawa dari pagi smpi ptg tadi.. I love u 3000 @aeril_zafrel," tulis Wawa pula.

Menurut Aeril, wajah anak ketiganya itu saling tidak tumpah seperti isterinya. Mungkinkah nama yang pernah diberi iaitu Ayasoffya bersempena dengan nama sebuah masjid bersejarah di Turki akan dikekalkan? Kita tunggu pengumuman mereka nanti.

Tahniah diucapkan!

Klik untuk gambar besar




         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: