01 December 2019

"NAK TERBERANAK ESOK PUN MASIH ANGKAT KOTAK" - AERIL MUATNAIK VIDEO WAWA


Pelakon dan usahawan, Wawa Zainal dilihat tetap gigih menghantar barangan kosmetik yang diusahakan kepada yang membuat pesanan meskipun kini sedang sarat hamil anak ketiga dan dijangka bakal bersalin bulan ini.





Malah menerusi entri terkini suaminya yang juga seorang pelakon, Aeril Zafrel telah memuatnaik video yang dirakamnya dimana ibu kepada dua cahaya mata itu sedang mengangkat kotak yang berisi produk terkini yang baru sahaja dilancarkannya, Wawa Cosmetics Baby Girl Edition.

"Siapa NAK kami hantar kan? #wawababygirledition Nak terberanak esok pun masih angkat kotak @wawacosmeticshq ni?? Komen kat bawah.. tapi area klang valley je. Mak buyung xlarat nak pergi jauh2.

"Korang boleh bagi kata2 nasihat tak untuk dia ni??? Tak sampai seminggu lagi due dia ni. Kalau org dah duduk rumah je tunggu waktu. Tapi dia lebih risaukan baby girl edition dia, berbanding baby betul dia.. eee tak paham aku," tulis Aeril.

Sebelum ini, pasangan ini telah pun menganjurkan majlis pelancaran produk edisi terhad berkenaan selain turut mendedahkan nama serta jantina anak yang bakal lahir tidak lama lagi.

Klik untuk gambar besar









www.myartis.com / Sumber & foto: Media Hiburan & Instagram Aeril Zafrel


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: