02 December 2019

DA'I FARHAN DEDAH ADA 18 WANITA MINTA JADI ISTERINYA


Sukar dipercayai bahawa Da’i Nik Ahmad Farhan yang hangat diperkatakan apabila berkahwin dengan seorang janda anak lapan, mendedahkan sebelum ini ada 18 wanita yang berhasrat untuk menjadi isteri keduanya namun terpaksa ditolak. Namun itulah hakikatnya.





Selanjutnya, apabila muncul yang ke-19 (isteri keduanya sekrang) Da’i Farhan mendakwa dia tiada kekuatan untuk menolak serta tidak mampu untuk menolak takdir Allah yang sudah menetapkan jodohnya dengan wanita itu.

"Jujur saya katakan, sudah 18 orang wanita sudah meminta untuk menjadi isteri kedua sepanjang tempoh beberapa tahun perkahwinan saya dengan Fatin (isteri pertama). Namun semuanya saya tolak dengan mudah, namun wanita ke 19 ini membuatkan saya tiada kekuatan untuk menolak.

"Masyaallah, auranya membuatkan saya terkenan kisah penyatuan cinta antara Nabi Muhammad SAW dan Siti Khadijah,” ujarnya dipetik sebagai berkata pada mStar.

"Sejujurnya isteri saya pernah minta saya kahwin dengan rakannya sendiri atas dasar ingin membantu kenalannya itu. Ia bermakna dia dapat menerima untuk bermadu. Namun saya menolak mentah-mentah kerana tiada keperluan untuk berbuat demikian," tambahnya bagi membela diri mengenai isu tersebut.

         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: