31 January 2020

ABAM MINTA ISTERI BERHENTI KERJA: "SAYA BAYAR GAJI DIA..."


"Sebaik sahaja anak saya lahir tempoh hari, saya meminta isteri untuk berhenti kerja demi menjaga anak kami. Jadi, apa yang saya lakukan ialah saya 'beli' gaji dia. Saya berhentikan dia kerja dan saya bayar gaji yang sepatutnya dia peroleh setiap bulan," kata pelawak dan pelakon, Abam Bocey yang mengakui bahawa dia meminta isterinya, Nor Hidayah Mohd. Ali untuk meninggalkan kerjayanya dan menjadi suri rumah sepenuh masa.





Abam atau nama sebenarnya, Syed Umar Mokhtar Syed Mohd. Redzuan, 32, berkata, dia berbuat demikian kerana tidak mahu anaknya dijaga oleh pengasuh luar. Menurut Abam lagi, gaji yang diberikan itu untuk kegunaan peribadi isterinya tanpa termasuk keperluan nafkah lain.

"Kalau dia nak beli apa dengan duit itu, dia punya pasal. Saya hanya deposit ke akaunnya setiap bulan, itu hak dia, duit gaji dia. Bab nafkah dan keperluan lain, itu tak termasuk sekali kerana saya beri lain," katanya yang memberitahu isterinya merupakan seorang akauntan sebelum ini.

Kata Abam lagi, dia lebih suka jika anaknya dibesarkan dan mendapat didikan sepenuhnya oleh keluarga sendiri. Abam mendirikan rumah tangga dengan Nor Hidayah, pada 8 Disember 2017. Hasil perkahwinan, pasangan itu kini dikurniakan seorang cahaya mata, Syed Uthman Hamzah yang kini berusia lapan bulan.

Klik untuk gambar besar





www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Abam Bocey


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: