31 January 2020

KELUARKAN PRODUK 'ZIKIR PILLOW' - SUFIAN DIKECAM TUNGGANG AGAMA


Ramai selebriti kini sudah menceburi bidang perniagaan kerana bergelar artis popular bukannya satu jaminan akan terus hidup senang di masa hadapan. Tidak ketinggalan, penyanyi Sufian Suhaimi juga turut menceburi bidang tersebut.





Sudah lama berhasrat mahu bergelar usahawan, baru-baru ini Sufian mengeluarkan produk untuk dijual iaitu bantal. Bukan sekadar bantal biasa, produk penyanyi itu dihasilkan dengan lampu serta beberapa surah lazim, doa dan zikir khas untuk bayi dikenali sebagai 'Zikir Pillow'.

Tidak dinafikan, idea Sufian itu agak kreatif dan mendapat sambutan hangat. Bagaimanapun, ada segelintir netizen mengatakan dia menunggang agama. Iklan promosi agama (zikir) semata-mata ingin melariskan produk keluarannya.

Bagaimanapun, ada juga netizen yang berfikiran positif dan mengatakan bantal itu sangat berguna, boleh menenangkan jiwa sebelum tidur dan sangat sesuai untuk bayi. Kita fikir yang baik-baik sahaja, sekurang-kurangya idea di luar kotak Sufian ini dapat lagi mengisi jiwa, rohani kita dengan aura-aura dan pengisian yang baik-baik.

Klik untuk gambar besar



www.myartis.com / Sumber: Beautifulnara


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: