31 January 2020

NIKAH 1 MAC 2020 - MAMAT SEPAH NERVOUS SAMPAI LUPA TEMPAH KAD


Pada 1 Mac depan, pelawak Mamat Sepah bakal menamatkan zaman bujang dengan tunang tersayang yang juga anggota polis dan memberitahu, setakat ini persiapan hampir selesai sepenuhnya, cuma kad kahwin sahaja yang baru ditempah semalam.





Semuanya gara-gara terlalu gementar memikirkan tentang alam baru yang bakal ditempuhi tidak lama lagi: "Alhamdulillah, setakat ini semua persiapan berjalan lancar. Cuma dalam banyak-banyak benda saya terlupa nak buat kad kahwin.

"Saya pun tak tahu kenapa. Mungkin sebab terlalu memikirkan tentangnya (kahwin) dan dalam masa sama agak sibuk dengan kerja sampai terlupa jadinya. Semalam baru saya dan tunang pergi tempah kad kahwin kami," katanya.

Klik untuk gambar besar


Tambah Mamat, dia akan membuat jemputan rasmi dan mengedarkan kad bermula minggu hadapan: "Kalau tak ada aral melintang, minggu depan kad semua siap saya akan buat jemputan dan edar kad sekali. Doakan semuanya berjalan lancar," ujarnya.

Majlis akad nikah Mamat dan tunangnya akan berlangsung di rumah keluarga Mamat di Kulai, Johor: "Saya akan mengadakan majlis akad nikah serentak dengan hari persandingan kami nanti. Majlis diadakan di rumah kerana saya mahu penuhi hasrat ibu.

"Ibu saya kata tak payah buat di hotel, buat di rumah boleh jemput saudara mara dan orang-orang kampung…Katanya, itulah masa untuk beramah mesra dengan semua orang yang datang dari dekat atau jauh," tutur Mamat yang mengikat tali pertunangan dengan anggota polis IPD Shah Alam berasal dari Sabah, setahun lalu.




www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Mamat Sepah


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: