20 January 2020

AINUL AISHAH TUNGGU DIPINANG, BERHASRAT NIKAH TAHUN INI


Selepas tiga tahun menjalinkan hubungan cinta dengan kekasih hatinya yang juga merupakan seorang ahli perniagaan, Khalid Rezuan, pelakon Ainul Aishah meluahkan hasratnya untuk menamatkan zaman bujang pada tahun ini. Ainul atau nama sebenarnya Ainul Aishah Azizun, 35, berkata, dia tidak mahu menunggu lebih lama memandangkan umurnya kini yang semakin meningkat.





"Kalau bercakap soal jodoh sudah tentu saya nak secepat yang mungkin sebab saya bukan semakin muda... kami pun sudah tiga tahun bersama. Umur saya pun dah 35 tahun ni kalau boleh taknaklah berkahwin pada umur 36. Insyallah kalau ada jodoh dalam tahun ini ke... itupun kalau diizinkan," katanya.

Dalam pada itu, pelakon filem Suraya ini ada menyatakan kesediaan untuk mendirikan rumah tangga. Namun katanya, dia terpaksa menunggu jawapan daripada pihak lelaki: "Kalau nak ikutkan saya tunggu dia (Khalid) je untuk masuk meminang. Tapi apapun, nak kena tanya pihak disebelah sanalah.

Klik untuk gambar besar


"Saya perempuan... saya nak cakap lebih-lebih pun susah. Kalau boleh buat apa nak tunggu lagi, saya teringin untuk ada anak dan bina keluarga sendiri. Ya, sebelum ini saya ada saja berjumpa dengan mak dan ayah dia. Saya juga sangat rapat dengan adik-beradik dia. Cuma yang betul-betul duduk berbincang untuk berkahwin itu belum lagi," ujarnya.

Untuk makluman, Ainul dan Khalid mula menjalinkan hubungan cinta pada April 2017 selepas menerima mesej peribadi yang dihantar melalui Instagram miliknya.








www.myartis.com / Sumber & foto: mStar & Instagram Ainul Aishah


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: