20 January 2020

RADIN TERLIBAT KEMALANGAN : "KALAU MABUK, KAU JANGAN PANDU!"


"Saya baru habis 'meeting' dengan pengurus di Kuala Lumpur kira-kira jam 1.40 pagi. Dalam perjalanan nak balik di Lebuhraya Sprint tu, saya pandu di lorong tengah. Sambil berborak tu saya cakap dengan pengurus yang kereta belakang ni memandu dalam keadaan laju.





"Saya nak ke lorong kiri tetapi tak boleh sebab ada kereta lain. Dalam masa beberapa saat terus dengar bunyi hentaman dari belakang. Saya terus berhenti di tepi jalan. Pakcik Cina yang langgar itu keluar daripada kereta dalam keadaan terhuyung hayang.

"Rupa-rupanya dia mabuk! Mula-mula dia minta untuk selesaikan di luar dengan membayar saya RM100. Saya tak terima dan terus mengajaknya ke balai polis untuk membuat laporan. Namun, lain pulak respon yang dia bagi. Dia cakap, 'Oh tak apalah nak buat laporan, polis akan saman saya RM300 sahaja sebab memandu dalam keadaan mabuk.'

"Memang saya marahlah sebab dia tidak sedar dengan kesalahan yang melibatkan nyawa pengguna lain," demikian kata penyampai radio ERA dan pengacara Radin yang terlibat dalam kemalangan di Lebuhraya Sprint pada awal pagi Ahad dan kesal dengan sikap individu yang telah melanggar kereta miliknya.

Klik untuk gambar besar


Ketika itu, Radin yang memandu kenderaan jenis Mercedes-Benz yang baru dibeli kira-kira sebulan lalu sedang menuju pulang ke rumah bersama pengurusnya. Dalam pada itu, pemilik nama Radin Amir Effendi ini akur dengan musibah yang menimpa dirinya.

"Apa yang penting adalah saya dan pengurus selamat. Kereta kalau tengok dari mata kasar tak nampak sangat kesan dilanggar. Tapi bila dah bawa pergi periksa, beribu juga kena nanti. Saya husnozon saja mungkin ada rezeki lain yang Allah nak bagi. Ataupun dalam pencarian rezeki saya ada yang terlepas pandang rezeki orang lain, kita tak tahu," ujarnya lagi.

Terdahulu, Radin meluahkan rasa bengang dengan individu terbabit di ruangan Instagram Stories miliknya: "Lain kali kalau tengah mabuk, kau jangan pandu! Kan dah menyusahkan orang lain je setan! Kalau nak mampus, mampus sorang-sorang!" tulisnya.


www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Radin ERA


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: