06 January 2020

ALONG CHAM: "ANAK SAYA.. ADA BERTANYA 'IBU BARU' TETAPI TIDAK MENDESAK..."


Pelawak dan pelakon komedi, Along Cham yang sudah hidup menduda selama empat tahun berkata, dia tenang menjalani kehidupan solo. Dalam masa sama, Along turut memberitahu yang anaknya, Ahmad Danial, 9, ada juga bertanya mengenai 'ibu baru' tetapi dia tidak mendesak.





"Saya akan terus hidup menduda selagi belum sampai jodoh. Setakat ini, saya tidak mencari pengganti. Ia berikutan kriteria individu itu haruslah memiliki sifat keibuan yang kental. Anak tunggal saya, Ahmad Danial, 9, ada juga bertanya mengenai 'ibu baru' tetapi dia tidak mendesak. Jadi, bagi saya untuk jodoh yang kedua ini biarlah Allah tentukan," katanya kini aktif berlakon dan menceburi perniagaan.

Along yang memilih menghantar Ahmad Danial belajar di madrasah berkata, pembelajaran keagamaan lebih sesuai buat anaknya: "Saya hanya mahu dia (anak) dapat membacakan Yassin untuk saya apabila meninggal dunia nanti".

Klik untuk gambar besar


Along atau nama sebenarnya, Muhammad Nizamudin Ahmad, 37, pernah mendirikan rumah tangga bersama penyanyi, Zila Saeron pada 2011. Namun, jodoh tidak panjang apabila mereka sah bercerai talak satu pada 29 Ogos 2016 selepas lima tahun hidup bersama.

Ditanya mengenai lawatan bekas isteri terhadap Ahmad Danial, Along berkata, Zila ada menziarah anak mereka. Bagaimanapun, katanya, dia tidak pernah menghalang seorang ibu untuk melawat anaknya meskipun hubungan sebagai suami isteri sudah berakhir. Along yang dikenali dengan filem 'Adnan Sempit', pada tahun lalu muncul semula di layar perak menerusi filem 'Tiada Tajuk' arahan Mawi.






www.myartis.com / Sumber & foto: Harian Metro & Instagram Along Cham


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: