06 January 2020

MAMAT SEPAH BAKAL NIKAH TAHUN INI SELEPAS 3 KALI TANGGUH


"Selepas bertunang pada tahun 2018, kami pernah merancang untuk berkahwin pada Mac, kemudian tangguh ke April. Tapi disebabkan beberapa perkara yang tak dapat dielakkan, anjak pula ke bulan Disember. Tapi sekali lagi rancangan tersebut ditangguhkan kerana saya mahu memberi fokus kepada Maharaja Lawak Mega (MLM) 2019.





"Saya harap semua dapat doakan urusan saya dan tunang berjalan lancar dan dipermudahkan," demikian kata pelawak Mamat Sepah yang mengakui bakal menamatkan zaman bujangnya pada tahun ini dan akan mengumumkan tarikh perkahwinannya kelak.

Mamat berkata selepas tiga kali menangguhkan majlis perkahwinan bersama tunang yang juga anggota polis IPD Shah Alam, dia berharap agar apa yang dirancang pada tahun ini menjadi. Mengimbau kembali detik perkenalannya dengan wanita berasal dari Lahad Datu, Sabah itu, Mamat berkata dia tidak menyangka pertemuan tidak sengaja mereka bertukar menjadi serius.

"Saya pergi ke IPD Shah Alam sebab nak tolong kawan, kebetulan tunang saya yang kendalikan kes tersebut. Kami bertukar nombor telefon kerana saya nak tahu perkembangan kes. Lama-kelamaan hati terpaut dan saya terus bawa dia jumpa ibu," cerita Mamat yang juga anggota kumpulan Stone dalam Maharaja Lawak Mega 2019 (MLM 2019).

Klik untuk gambar besar



www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Mamat Sepah


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: