06 January 2020

GAMBAR MESRA - BELLA & ALIFF AZIZ MAHU RUJUK?


Masuk tahun 2020, Aliff Aziz dan bekas isterinya Bella Astillah, tiba-tiba telah memuat naik foto mesra mereka bersama yang menimbulkan pembagai persoalan netizen.





Foto mesra tersebut menunjukkan Bella sedang merangkul tangan seorang lelaki dipercayai bekas suaminya yang sedang memandu. Bukan setakat Bella, malah Aliff juga turut memuat naik foto bayangan Bella di belakangnya.

Sehubungan itu, ramai netizen yang membuat andaian kemungkinan pasangan itu sudah kembali bersama atau mahu rujuk semula.

Klik untuk gambar besar


"Jadilah manusia yang lebih baik daripada kita sebelum ini," demikian petikan nasihat ibu Aliff yang sekaligus membuat netizen bertambah yakin.

Untuk info, Aliff dan Bella mendirikan rumah tangga pada 9 September 2016 dan dikurniakan seorang cahaya mata Ayden Adrean sebelum mereka bercerai pada 16 Mei 2019 selepas Aliff didakwa curang.

         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: