29 January 2020

"AWAK FIKIR KAMI... BUDAK-BUDAK BOLEH DIBULI KE?" - PU AMIN KESAL


Kontroversi yang mendakwa Pencetus Ummah (PU) Abu Sufyan buat hal lagi dan mempunyai skandal baru ketika isterinya, Hana Azraa kini sedang sarat hamil anak pertama mereka itu baru-baru ini hangat diperkatakan.





Biasalah, bila isu melibatkan kes orang ketiga ini memang banyak yang 'naik angin' dan mendapat perhatian ramai apatah lagi ini bukan kali pertama pendakwah bebas itu terpalit dengan kontroversi bermain kayu tiga.

Turut memberikan reaksi terhadap isu itu ialah penyanyi rap, Caprice yang umum mengetahui rajin mengulas isu semasa. Bagaimanapun, dia kali ini tidak memberikan sebarang komen sebaliknya bertindak keluar dari bilik dan menukar baju yang dipakai kepada jubah putih serta meminta pengikutnya berzikir.

Tindakan Caprice itu mendapat kritikan daripada seorang lagi pendakwah iaitu PU Amin yang berkata apa yang dilakukan Caprice boleh dianggap sebagai buli dan menjatuhkan lagi maruah golongan agamawan. Menurutnya, Caprice bersikap tidak adil dan sentiasa membela rakan-rakan baiknya jika mereka dikecam tetapi setiap perkara berkaitan pendakwah pula pasti akan dikritik.

PU Amin atau nama sebenarnya Mohammad Amirul Amin Lokman, 26, kesal dengan tindakan Caprice yang memuatnaik video berbaur sindiran terhadap isu PU Abu di laman sosial Instagram miliknya.

Klik untuk gambar besar


"Laju awak buat kerja, kerja awak tak habis nak membahan para ustaz. Cukup-cukup la bro. Semua benda awak nak ulas. Bila orang lain ulas macam awak buat awak complain, awak kata useless, awak kata bodoh. Awak fikir kami PU, Imam Muda, ustaz ni budak-budak yang boleh dibuli ke bro? Awak fikir awak seorang sahaja betul bro. Teruskan dengan cara awak," ujarnya.

Menerusi video berkenaan Caprice memuatnaik paparan berita di beberapa blog hiburan berkaitan kontroversi PU Abu yang didakwa curang sekali lagi. Caprice tidak membuat sebarang ulasan sebaliknya bertindak keluar dari bilik dan menukar baju yang dipakai kepada jubah putih serta meminta pengikutnya berzikir.

Dalam pada itu, PU Amin berkata, Caprice bersikap tidak adil dan sentiasa membela rakan-rakan baiknya yang menerima kecaman netizen: "Bila kena dengan budak awak, awak kata Tuhan maha pengampunlah, ambil masa lima tahunlah... bila orang lain buat silap awak bantai. Awak terus fokus 2040 dan aplikasi awak kerana itu lebih baik untuk umat Islam," katanya.

Hasil semakan mendapati komen tersebut sudah pun dipadamkan. Sebelum ini, Caprice berang dan menggelar PU Amin sebagai bodoh apabila menegur penyanyi rap MK K-Clique yang dikecam netizen gara-gara memakai rantai emas dan minat memakai perhiasan tersebut meskipun hukumnya haram untuk lelaki Islam.




www.myartis.com / Sumber: mStar & Beautifulnara


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: