29 January 2020

SAJAT TAYANG 'BOYFRIEND LEBANON' - COACH YIN: "WHAT YOU GIVE YOU GET BACK.."


Menerusi laman Instagram Story baru-baru ini, usahawan kosmetik, Nur Sajat dan pasangannya, Coach Yin masing-masing memuatnaik entri yang seakan memberikan gambaran berlakunya perbalahan antara mereka. Perkara tersebut menjadi kecoh dan timbul pelbagai spekulasi mengatakan mereka berdua sedang bergaduh sehingga naik tangan dan Sajat juga ada memuatnaik foto kononnya dia dipukul sehingga tubuhnya lebam.





Ramai juga tertanya mengenai status hubungan percintaan mereka berdua. Dah putus atau 'gaduh-gaduh manja'? Segala persoalan terjawab apabila Sajat baru-baru ini menayang kekasih barunya yang kacak. Memang 'high taste' betul, memilih seorang lelaki dari Lebanon.

Memang kacak teman lelaki baru Sajat, seorang model terkenal dan merupakan Mr Photogenic Lebanon. Bercinta selama tiga tahun, memang agak sukar untuk melupakan seseorang yang pernah bertakhta di hati. Menerusi akaun Instagram, Coach Yin tampil memberikan reaksi terhadap cinta baharu Sajat.

Klik untuk gambar besar


Meskipun agak kecewa, Coach Yin bagaimanapun memberitahu dia kini lebih tenang serta bahagia hidup solo. Amboi, cepat betul Sajat 'move on' dan melupakan cinta hatinya yang dahulu. Ternyata kecantikannya mampu menggoda dan menawan hati jejaka di luar sana. Dapat 'tangkap' lelaki antarabangsa. Heh!

"Tuhan nk tunjuk sekejap je. Patut lah kt Paris 6 hari 6 mlm dia diam. Bila sent wssp just read. Ni rupa rupanya permainan dia... Selama ni hidup ku ditipu. Xpe lah. Bila di tanya katanye xkenal siapa2. Tuhan nk tunjuk sekejap shj. Xpe lah. Biar dia happy dgn live dia, doakan yang baik2 shj. Biasa lah mula2 bercinta, baun kentut pun kata baun mcm perfium Channal.. What you give you get back... Skrg, sy pun dah ad life sy. Walaupun single sy bahagia dgn live sy skrg," tulis Coach Yin.




































www.myartis.com / Sumber: Beautifulnara


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: