09 January 2020

BEKAS ARTIS REALITI TV DITAHAN KERANA MEROMPAK


Seorang bekas peserta program realiti hiburan TV, Jamaliah Saadun telah ditahan oleh polis dan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Ayer Keroh kerana didakwa merompak rantai emas, wang tunai dan sebuah kereta mencecah RM24, 680.





Bekas artis realiti itu didakwa telah melakukan jenayah tersebut secara berkumpulan bersama dua lagi rakannya iaitu Mohd Idris Yasmir dan Muhammad Dhirar Raihan yang masing-masing berusia 34 dah 33 tahun pada Disember lalu di Taman Teluk Emas.

Ketiga-tiga suspek kemudian didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 395 yang dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan penjara maksimum 20 tahun dan sebat, jika sabit kesalahan.

Bagaimanapun, ketiga-tiganya tidak mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan oleh jurucakap di hadapan Hakim Elesabet Paya Wan. Tarikh sebutan semula kes telah ditetapkan oleh Hakim Elesabet pada 10 Februari 2020.

Klik untuk gambar besar



www.myartis.com / Sumber & foto: Harian Metro


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: