08 January 2020

EMELDA: "KOMITMEN KERJA DIPERSETUJUI LEBIH AWAL... SUKAR BERTUDUNG PENUH"


Menerusi laman Instagram, pelakon Emelda Rosmila telah memuatnaik foto dirinya berhijab dengan kapsyen berbunyi "2020, perhaps? Have a beautiful day!" dan ia pantas mencetus spekulasi dan mendapat perhatian pengikut termasuk teman artis yang memuji langkahnya berhijab.





Emelda bagaimanapun menjelaskan dia baru pulang daripada mengerjakan umrah bersama keluarga. Namun, isteri Adlin Aman Ramlie itu mengaku sudah membiasakan diri berhijab dan mahu terus istiqamah.

"Saya perlu menjelaskan ada beberapa komitmen kerja yang dipersetujui lebih awal sehingga April depan. Jadi, sukar untuk saya bertudung penuh. Cuma saya berharap hati ini terus teguh untuk berhijab apabila sudah tidak terikat dengan sebarang kerja dan komitmen lakonan.

Klik untuk gambar besar


"Suami juga menyokong keputusan ini. Saya mula membeli tudung untuk menambah koleksi sedia ada. Namun, saya tidak mahulah ‘feeling’ bertudung, selepas itu buka. Pulang dari umrah hasrat berhijab cukup menebal. Saya hendak cuba membiasakan diri perlahan-lahan," katanya.

Awal bulan lalu, Emelda buat kali kedua menunaikan umrah bersama Adlin, anak mereka, Edra Rafael dan ibu. Bercerita pengalaman berada di Tanah Suci, adik kepada Emylia Rosnaida ini mengaku ibadat dilakukan cukup bermakna dengan kehadiran Edra.

"Kali terakhir saya menjejakkan kaki ke Tanah Suci Makkah dan Madinah pada 2011. Alhamdulillah, diperkenankan sekali lagi. Untuk kali kedua ini, lebih bermakna kerana Edra ada bersama. Lebih istimewa, saya bawa Mama sebagai hadiah hari jadinya," tuturnya yang popular dengan drama 'Kekasih Paksa Rela' itu.






www.myartis.com / Sumber & foto: Berita Harian & Instagram Emelda Rosmila


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: