08 January 2020

'SUCI HAWA ZULAIKHA', NAMA PUTERI KEEMPAT YATT HAMZAH


Selepas tujuh hari kelahiran, pelakon Yatt Hamzah akhirnya memilih nama 'Suci Hawa Zulaikha' buat anak perempuan keempatnya yang lahir minggu lalu. Yatt atau nama sebenarnya Haryati Hamzah, 40, mengumumkan hal tersebut menerusi satu entri yang dimuatnaik di Instagram miliknya.





"Sempena mengambil keberkatan sunah menamakan anak pada hari ketujuh, bonda dengan rendah hati berkongsi nama puteri keempat yang hari ini (semalam) telah genap lapan hari usianya, iaitu Suci Hawa Zulaikha Binti Mohammad Zulfadhli," tulisnya.

Pada masa sama, Yatt turut berkongsi maksud di sebalik pemilihan nama yang diberikannya itu: "Nama yg baik bersempena dengan nama ibu kita semua iaitu Hawa, isteri Nabi Adam AS, juga nama wanita yg dikatakan isteri Nabi Yusof AS iaitu Zulaikha.

Klik untuk gambar besar


"Suci pula membawa maksud kudus, bersih, harum dan baik juga bersamaan dg nama awal ketiga-tiga kakaknya. Mudah-mudahan akhlak dan keperibadian anak bonda ini secantik dan seindah namanya. Semoga maksud namanya yg baik itu menjadi doa buatnya seumur hidup," luahnya.

Dalam perkongsian entri itu, Yatt turut memuat naik gambar terkini bayinya, namun masih belum mendedahkan wajah penuh anaknya. Terdahulu, Yatt selamat melahirkan cahaya mata keempatnya pada 30 Disember lepas.

Yatt mendirikan rumah tangga dengan juruvideo Mohamad Zulfahdli Khairuddin pada Februari 2016. Pasangan tersebut dikurniakan dua cahaya mata Suci Humaira Iqlima, 4, dan Suci Hayfa Medina, 2. Yatt mempunyai seorang lagi anak, Suci Hanania Malika, 9, hasil perkahwinannya terdahulu dengan Abdul Mutalib Shukor.




www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Yatt Hamzah


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: