20 January 2020

BEKAS ISTERI NIK FARHAN KONGSI NAMA ANAK KEDUA


Bekas isteri kepada Dai Farhan atau kini dikenali Farhan Mutawwif iaitu Fatin Nurul Ain Mat Aris menerusi laman Facebook miliknya telah mendedahkan nama anak keduanya selepas genap 14 hari kelahirannya. Bekas isteri Farhan memaklumkan nama 'Nik Farrel Fahim' dipilih selepas mengadakan majlis akikah bayi lelaki berusia dua minggu itu.





"Nama diberi Nik Farrel Fahim bin Nik Ahmad Farhan Syukur Alhamdulillah selesai dan sempurna aqiqah anak, sembelihan dua ekor kambing untuk anak lelaki ummi di tanah suci kota Mekah tajaan dr @aqiqahcentredotcom," tulisnya sambil disertakan kredit kepada mereka yang menjayakan majlis berkenaan.

Terdahulu, Fatin dan Farhan pernah berkahwin dan bercerai dengan talak satu. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Fariha, 1 tahun 7 bulan dan Nik Farrel yang dilahirkan pada 5 Januari lalu. Farhan turut memaklumkan dia telah bernikah dengan Aerin yang berstatus ibu tunggal beranak lapan di Tanah Suci Mekah.

Klik untuk gambar besar





www.myartis.com / Sumber & foto: Media Hiburan & Facebook Fatin Nurul Ain Mat Aris


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: