20 January 2020

BALQIS DISELAR RM100K MAIN FOREX - CAPRICE SINDIR ALIFF SYUKRI?


Kisah pelakon cilik popular iaitu Puteri Balqis yang kini hidup susah selepas mula sakit beberapa ketika dahulu telah mengejutkan kita sekitar minggu lepas. Orang ramai nyata hiba apabila melihat dia berjalan sekitar Kuala Lumpur bagi menjual bukunya untuk mendapatkan wang untuk menyara hidup dia dan ibunya.





Terkesan dengan cerita hidup Puteri Balqis, ramai orang yang menghulurkan bantuan dengan membeli bukunya itu. Tak kurang juga, ada pihak yang telah mengumpulkan dana mencecah RM100,000 bagi meringankan beban pelakon kanak-kanak itu.

Selepas kisah hidup Balqis atau lebih mesra disapa Aqish mula tular, tidak ketinggalan usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri yang tampil menghulurkan bantuan dan turut menjemput kanak-kanak itu dan ibunya untuk berkongsikan keperitan perjalanan hidupnya.

Klik untuk gambar besar


Ketika Aqish berkongsi tentang keperitan hidupnya itu, Aliff Syukri ada bertanya apa yang akan dilakukannya sekiranya mendapat dana yang telah dikumpul itu. Pada awalnya, pelakon itu berkongsi bahawa dia akan menyimpan duit tersebut dan memberikannya kepada yang memerlukan.

Yang membuatkan netizen garu kepala ialah apabila Balqis turut mengatakan bahawa dia akan melaburkan duit tersebut dalam FOREX. Apa? Sedutan klip video temu bual itu telah tular di sekitar laman Twitter di mana rata-rata netizen menyelar kenyataan kanak-kanak itu. Mereka juga tertanya-tanya kenapa Aqish tak sebut langsung nak guna dana tersebut untuk rawatannya. Kata sakit kan?



Ramai yang mempersoalkan skim Forex yang akan dilaburkan oleh Balqis dan ibunya nanti akan membazirkan wang yang diderma ikhlas oleh orang ramai. Lebih baik untuk memberikan wang kepada Balqis secara bulanan atau disalurkan terus kepada pihak hospital untuk dia mendapatkan rawatan.

Selepas mendengarkan kenyataan daripada Balqis ini, kebanyakan netizen meminta agar dana tersebut tidak diberikan 'lump sum' dan diberikan secara bulanan. Takut disalah gunakan pula! Teruk juga Balqis dikecam netizen dan ia menjadi perbualan hangat di media sosial. Terbaru, penyanyi Caprice yang sering mengulas isu semasa turut memberikan pandangannya mengenai perkara tersebut.

Menerusi video dan kenyataan yang dimuatnaik di laman Instagram, Caprice seakan berkias bahawa, jika kita ingin bersedekah tidak perlu canang satu dunia atau mengajukan pelbagai soalan kepada orang yang kita ingin berikan wang sedekah. Ia hanya menimbulkan salah faham. Rata-rata netizen bersetuju dengan kenyataan Caprice yang dipercayai seakan menyindir Aliff Syukri.






www.myartis.com / Sumber & foto: Beautifulnara


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: