20 January 2020

NAIK PELAMIN DI SINGAPURA - RAJA ILYA TERUJA, MAHU SETIAP TAHUN


Sekali lagi naik pelamin bersama suaminya, Trent Garrett, 38, dan diraikan dalam satu majlis resepsi yang diadakan di Singapura kelmarin, pelakon Raja Ilya, 34, memberitahu perasaannya yang teruja untuk naik pelamin setiap tahun.





"Kami kahwin lagi kali ni dekat Singapore pula. Nak kahwin setiap tahun semua negeri laa.." tulis Raja Ilya yang berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.

Menerusi entri terbaharunya dia berkongsi foto-fotonya bersama suami di atas pelamin lengkap dengan busana pengantin yang bersongket biru Pasangan ini baru sahaja diraikan dalam satu majlis resepsi di Magika Grand Hall, Star Avenue, Lifestyles Mall, Subang pada 19 September tahun lalu.

Raja Ilya dan Trent Garrett yang merupakan ahli perniagaan yang berasal dari Australia berkahwin di kediaman saudara suaminya itu di Perth. Perkahwinan itu diadakan dalam majlis tertutup dan dihadiri keluarga terdekat kedua-dua pihak pada 23 Disember 2018.

Klik untuk gambar besar







www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Raja Ilya


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: