06 January 2020

BEKAS ISTERI SELAMAT BERSALIN - FARHAN TIMANG ANAK KEDUA, LELAKI


Alhamdulillah... akhirnya anak kedua Da'i Farhan atau kini mahu dikenali Farhan Mutawwif dengan bekas isteri, Fatin Nurul Ain sudah selamat dilahirkan dan berita gembira tersebut dikongsikan Farhan menerusi akaun Instagram. Dalam muatnaik tersebut, Farhan atau nama penuhnya Nik Ahmad Farhan Nik Mohamad sempat berkongsi foto dia sedang menggendong anaknya, seorang bayi lelaki.





Pendakwah bebas itu meluahkan rasa syukur atas kurniaan terindah itu dan turut mendoakan kesejahteraan bekas isterinya: "Alhamdulillah, slmt melihat dunia putera walid & ummi.. moga hidup dlm kebahagiaan, sukses selalu, Barakah dunia akhirat.. aamiin .. syukran ummi, smoga dirahmati diberkati Allah SWT," tulisnya.

Sebelum ini, kemelut rumah tangga Da'i Farhan memang cukup hangat diperkatakan dan umum mengetahui dia sudah menceraikan Fatin ketika wanita itu sedang sarat hamil anak kedua mereka. Hasil perkongsian hidup dengan Fatin, mereka sudah telah dikurniakan seorang cahaya mata perempuan yang berusia 1 tahun 5 bulan.

Terdahulu, pernikahan kedua Farhan bersama Dr Erin yang berlangsung di Tanah Suci Makkah itu mengundang kecaman ramai apabila timbul dakwaan mengatakan ikatan tersebut tidak diketahui isteri pertama. Pelbagai spekulasi dan kontroversi tercetus dan kemudian Farhan mengakui sudah menceraikan isteri pertamanya dengan talak satu melalui rakaman suara aplikasi WhatsApp pada 3 Disember 2019.

Klik unntuk gambar besar







www.myartis.com / Sumber & foto: Beautifulnara & Instagram Farhan Mutawwif


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: