06 January 2020

"BUAT TERBAIK PUN KECAM..." - HADY TAK KISAH DIKRITIK HOS 'DANSA DAN SING'


"Bila secara langsung tu, rasa gementar itu tidak dapat elak. Saya tidak tahu apa jangkaan dan bila diminta untuk panjangkan lagi percakapan saya tidak bisa. Berbeza dengan Sherry dan sudak tentulah saya banyak bergantung kepadanya.





"Saya yakin boleh buat yang lebih baik. Pertama kali kendali rancangan secara langsung sebesar ini dan sudah tentu tidak boleh jangka ia sudah yang terbaik," ujar juara Gegar Vaganza musim keenam (GV6), Hady Mirza.

Rakan hos Sherry Al Hadad menerusi program hiburan realiti, 'Dansa Dan Sing' akhirnya terjawab apabila penyanyi dari Singapura itu membuat kemunculan di Auditorium MBSA, Shah Alam lalu mengendalikan ia secara bersama hingga akhir rancangan.

Klik untuk gambar besar


Bagaimanapun, kredibiliti Hady dalam mengacarakan program berkenaan yang bersiaran secara langsung mendapat reaksi pelbagai peminat. Tidak mahu menafikan perkara berkenaan, Hady sejujurnya akui wujud rasa gementar tambahan pula ia merupakan pengalaman pertama seumpamanya.

Ditanya sejauh mana penerimaannya andi ada kecaman serta kritikan yng dilemparkan berdasarkan pengacaraannya untuk minggu pertama ini, Hady da jawapan sendiri: "Kalau buat yang terbaik pun orang kecam. Jadi saya tidaklah kisah. Ini periuk nasi. Alhamdulillah selepas Gegar Vaganza dapat rezeki lagi. Apa pun, saya lebih kepada menyanyi, mahu fokus untuk keluarkan lagu baru dan seterusnyalah.

"Bagi saya selagi ada permintaan, kita mesti cuba. Kalau tidak boleh maknanya tak ada rezeki di situ. Saya macam tu. Atas apa yang saya lakukan, saya cuba dan buat yang terbaik," jelasnya lagi.



Terdahulu, seramai 10 penyanyi mengambil bahagian bersama 'troopers' pilihan masing-masing. Atilia, Yasmin Hani & The Lola mendapatkan markah paling rendah keseluruhan dengan 5.14 peratus iaitu hasil undian online dan 54.17 peratus dari juri profesional. Tiada penyingkiran untuk minggu pertama.

'Dansa Dan Sing' merupakan sebuah rancangan realiti terbaharu anjuran Astro yang menampilkan elemen seni tari dan nyanyian dalam sebuah program yang berkongsepkan pertandingan.

Juri tetap 'Dansa Dan Sing' terdiri daripada guru tari, Linda Jasmine dan pereka fesyen, Datuk Rizalman Ibrahim, sementara Han Byul diundang sebgai juri jemputan bagi saingan minggu pertama.


www.myartis.com / Sumber & foto: Media Hiburan, Instagram Hlive, @officialriax & Astro Gempak


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: