06 January 2020

BAWA IBU & KELUARGA UMRAH: "WALAUPUN TERUJA... ADA RASA RISAU" - WANY


"Memang saya sangat teruja nak bawa ibu tunai umrah bersama-sama. Sebab sejak dulu lagi saya rancang nak bawa ibu tapi tahun ini baharu ada kesempatan. Selain ibu, ada ahli keluarga lain termasuklah datuk dan nenek saya akan turut serta. Walaupun saya teruja tapi dalam masa yang sama ada rasa risau.





"Bukan nak doa perkara yang tidak baik berlaku tapi bimbang kalau apa-apa masalah memandangkan saya bertanggungjawab yang menguruskan segalanya," kata penyanyi Wany Hasrita.

Dalam keterujaan membawa ibu, Norita Jaafar dan keluarga menunaikan umrah hari ini, Wany meluahkan rasa bimbang namun berharap penjalanan mereka akan dipermudahkan. Menurut Wany atau nama sebenarnya Nurshazwany Hasrita Hasbullah, 28, kerisauan itu timbul disebabkn dia yang bertanggungjawab menguruskan segala persiapan mereka ke Tanah Suci Makkah.

Selain Wany sekeluarga, penyanyi Amira Othman serta keluarganya juga pergi mengerjakan umrah pada hari yang sama selama 10 hari bermula Isnin. Sebelum ini, Wany pernah meluahkan rasa kecewa apabila hasrat untuk membawa ibunya menunaikan ibadah haji pada musim itu tidak kesampaian.

Klik untuk gambar besar


Sementara itu dalam perkembangan lain, Wany memberitahu dia akan menyertai misi kemanusiaan ke sempadan Syria-Turki bersama penyanyi Khai Bahar buat kali pertama pada April Depan. Penyanyi lagu 'Menahan Rindu' ini mengakui dia ada sedikit berasa takut tetapi ibunya sentiasa memberi sokongan dan kata semangat untuknya.

"InsyaAllah pada April nanti saya akan ke sempadan Syria-Turki untuk melaksanakan program Syria Care bersama Khai Bahar. Ini merupakan kali pertama saya akan sertai misi kemanusiaan.

"Perasaan takut tu ada dan walaupun saya tak pernah luahkan pada ibu tapi dia tahu. Ibu ada cakap saya pergi pun bukan untuk seronok. Dan kalau ada sesuatu yang tidak diingini berlaku di sana, itulah yang terbaik dan takdir saya," ujarnya.




www.myartis.com / Sumber & foto: mStar & Instagram wany Hasrita


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: