06 January 2020

DIKATA BERCINTA DENGAN ANAK AHLI PARLIMEN - INI JAWAB MIRA FILZAH


Pelakon Mira Filzah tetap tegas dengan pendirian untuk tidak berbicara biarpun pelbagai spekulasi tercetus sejak dia membuat pengakuan sedang mengenali hati budi seseorang. Bintang Paling Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-32 itu berkata, dia tidak perlu melatah, sebaliknya membiarkan sahaja orang luar membuat telahan mengenai identiti jejaka itu.





Menurut sumber, jejaka yang mencuri hatinya itu dikatakan anak kepada seorang Ahli Parlimen, namun apabila ditanya, pelakon 'Lelaki Kiriman Tuhan' itu memilih untuk mengunci mulut: "Saya sedar, selagi perkara ini disimpan, semakin banyak spekulasi yang akan timbul. Namun, saya tidak akan berganjak daripada pendirian untuk tidak mendedahkan identiti jejaka itu selagi belum ada kepastian.

"Saya perlu hormat permintaan kedua-dua keluarga. Siapa yang tahu, tahulah... Sekiranya ada yang nampak kami di tempat umum, terpulang untuk mereka membuat andaian. Tiada apa yang saya sembunyikan, apatah lagi membiarkan perkara ini menjadi teka-teki. Saya hanya menghormati permintaan keluarga," katanya.

Klik untuk gambar besar


Prinsip yang dipegangnya itu juga membuatkan Mira enggan terlalu terbuka bercerita mengenai perancangan masa depan: "Belum masanya untuk saya bercakap mengenai perkara itu. Bukan nak berahsia, tetapi apa sahaja kemungkinan boleh berlaku pada masa akan datang. Seperti yang pernah saya katakan sebelum ini, setiap pasangan yang bercinta pasti mengharapkan hubungan mereka melangkah ke alam perkahwinan. Saya juga mengharapkan perkara sama".

Difahamkan jejaka itu dikenali sebagai Wan Emir Astar merupakan seorang Arkitek dan mempunyai firma seni bina serta perniagaan sendiri dan juga anak kepada ahli Parlimen Kuala Kangsar, YB Datin Mastura Mohd Yazid. Bapanya adalah Allahyarham Datuk Wan Mohamad Khair-il Wan Ahmad, bekas Ahli Parlimen kawasan yang sama (Kuala Kangsar) yang meninggal dunia dalam tragedi helikopter di Sarawak pada tahun 2016.

Menurut sumber, Wan Emir merupakan teman lama Mira sewaktu zaman belajar dahulu dan mereka memang rapat. Bagaimanapun, hubungan mereka terputus selepas lelaki itu melanjutkan pelajaran di luar negara. Terbaru, timbul ada desas-desus mengatakan Mira sudah dirisik dan bakal bertunang pada September tahun ini.



Sementara itu, ditanya mengenai tindakan Remy Ishak yang memadam gambar, selain tidak lagi mengikutinya di laman sosial, Instagram, sebelum menukar fikiran, Mira berkata, perkara itu di luar bidang kuasanya.

"Saya tidak tahu mengenai hal itu. Mungkin Remy mahu memulakan sesuatu yang baharu sempena kedatangan 2020, jadi dia membuat keputusan untuk mengemas kini pengisian kandungan gambar dan video yang ingin dikongsinya di media sosial. Mengenali Remy, dia sangat selektif, terutama dalam berkawan dan siapa yang mahu diikut di media sosial," ujarnya yang menyifatkan, hubungan mereka selama ini berjalan atas dasar profesional.

Selepas sering dikaitkan dengan beberapa selebriti lelaki, akhirnya Mira baru-baru ini mengakui sedang mengenali hati budi seorang lelaki, namun bukanlah dalam kalangan yang terlibat dalam industri hiburan. Apa-apa pun, kita doakan yang baik-baik sahaja buat Mira dan 'si dia'. Semoga ada pengakhiran bahagia buat mereka berdua.




www.myartis.com / Sumber & foto: Berita Harian, CARI Forum, Rotikaya, Beutifulnara & Instagram Mira Filzah


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: