06 January 2020

BUAT AKSI DIBELAKANG JURI 'DANSA DAN SING' - ZAROL AF2016 DITEGUR


Dek kerana mempamerkan aksi pelik ketika siaran langsung program 'Dansa Dan Sing', bintang Akademi Fantasia 2016 (AF2016), Zarol telah ditegur warganet yang menganggap gelagatnya kurang sopan dan dilihat seperti sengaja melakukan aksi pelik setiap kali kamera merakam juri tetap, Linda Jasmine.





Di laman sosial Twitter mungkin aksi Zarol dikecam, tetapi sebaliknya di Instagram (IG), apabila gelagat penyanyi tersebut dianggap comel oleh para pengikutnya. Zarol atau nama sebenarnya, Mohamad Afzarul Dzarif Mohd Mazle, 28, juga sempat memuatnaik semula beberapa komen positif daripada pengikut di IG Story.

'Dansa Dan Sing' ialah sebuah pertandingan realiti yang menggabungkan elemen dinamik seni tari dan suara sebagai kriteria utama untuk penilaian barisan juri profesional di pentas mingguan. Pertandingan yang mengangkat dua cabang seni ini bakal menilai persembahan setiap peserta berdasarkan rentak serasi menerusi cabaran tarian dan nyanyian.

Setiap peserta yang bertanding turut diiringi oleh koreografer dan kru tarian atau 'troopers' pilihan masing-masing untuk menyahut cabaran mingguan berdasarkan tema yang ditetapkan. Episod pertama yang berlangsung malam tadi (Ahad), menyaksikan persaingan sengit di antara 10 barisan artis tanah air yang terdiri daripada penyanyi, pelakon dan selebriti internet popular di Malaysia.

Klik untuk gambar besar









www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: