28 January 2020

BELUM HAMIL LAGI - SITI NURHALIZA HANYA 'STANDBY' UNTUK ADIK AAFIYAH


Penyanyi Datuk Seri Siti Nurhaliza yang berkongsi foto makanan tambahan untuk kehamilan berserta kapsyen yang dikongsikan di Instagram Story baru-baru ini telah mencuri perhatian ramai pengikut dan peminatnya.





Siti, 41, yang kini berada di Gold Coast, Australia berkata, ia adalah sebagai persediaan sahaja dan belum ada sebarang berita kehamilan untuk dikongsikan: "Ia hanya persiapan dan belum ada apa-apa lagi. Lagi pula, makanan tambahan itu tidak ada dijual di Malaysia," jelasnya.

Di Instagram Story, Siti menulis kapsyen yang memberikan sedikit pembayang mengenai persiapannya untuk menimang cahaya mata kedua: "Standby (persediaan) untuk adik Aafiyah," tulis penyanyi lagu 'Anta Permana' itu.

Sebelum ini, Siti pernah berkongsi mengenai usahanya untuk mendapatkan cahaya mata kedua: "Insya Allah, sebab usia saya pun makin meningkat. Saya mensasarkan timang anak kedua sebelum usia 43 tahun.

Klik untuk gambar besar


"Walau bagaimanapun saya tetap menjalankan apa yang doktor sarankan dengan mengikut segala prosedur sama macam dulu iaitu IVF. Sebab masa buat dulu saya masih ada embrio yang disimpan. Jadi, Insya Allah. Ini semua rezeki Allah. Kalau letak, ia menjadi, begitulah sebaliknya.

"Apa pun, saya berserah pada Allah. Kalau Allah kata ada rezeki lagi, saya bersyukur. Kalau tidak ada pun, tidak mengapa. Ini kerana, Aafiyah satu-satunya doa yang saya menanti selepas sekian lama," katanya.

Pada tahun 2017, Siti berkongsi berita kehamilannya ketika usia 38 tahun iaitu selepas 11 tahun berkahwin dengan ahli perniagaan, Datuk Sri Khalid Mohamad Jiwa, 61, atau lebih dikenali sebagai Datuk K. Siti selamat melahirkan anak perempuan yang diberi nama Siti Aafiyah pada 19 Mac 2018 dan kini Aafiyah mencecah usia dua tahun.








www.myartis.com / Sumber & foto: Harian Metro & Instagram Siti Nurhaliza


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: