28 January 2020

MISHA OMAR SEDIH LIHAT BAYI DIBUANG: "MEH HANTAR KAT BUMITCH (MISHA)..."


"Adikkk... kenapa Mama letak adik kat situ sorang-sorang??? Adik tak berbaju pula tu, kesejukan dia.. Kalau lapar cemana??? Siapa lah yg akan dgr suara esak tangis adik yg cuma badannya sekecil itu?? To mama-mama yg senasib dengan Mama adik ini, jangan buat mcm ni ok? Kesalahan awk semua bukan bererti awak berhak memperlakukan adik seperti ini..





"Reach out, voice out... masih ramai yg sayang, terlalu ramai juga yg prihatin... tindakan bijak Mama-mama semua akan menyelamatkan nyawa anak-anak ini... Tolong lahh... Bumitch (Misha) merayu, jangan buat mcm ni ok? Kalau ada Khadijah (bayi perempuan) sorang, meh hantar kat Bumitch, ada Abg Adam & Abg Idris boleh jagaaaa...," demikian tulis penyanyi Misah Omar.

Perkara itu dikongsikan oleh Misha menerusi akaun Instagram miliknya. Melihat pada entri tersebut, pelantun lagu 'Pulangkan' ini memuatnaik foto seorang bayi tanpa baju yang ditinggalkan di kawasan kaki lima yang sangat kotor.

Klik untuk gambar besar


Misha sedih melihat foto seorang bayi tidak berbaju yang dibuang di kaki lima oleh ibu yang tidak bertanggungjawab. Dalam masa sama, Misha berpesan agar ibu yang tidak mampu menjaga bayi mereka agar tidak membuang bayi sebegitu sahaja sebaliknya cuba mencari pertolongan.

Tambah Misha lagi, jika ada seorang bayi perempuan yang tidak mampu dijaga oleh ibu-ibu di luar sana, penyanyi tersebut meminta agar bayi itu diberikan kepadanya untuk dijaga. Untuk makluman, Misha dan suami, Firroz Ezzwan Rossly mendirikan rumah tangga pada 2 Mei 2014 dan pasangan itu dikurniakan seorang anak, Muhammad Idris Ezzwa yang berusia 2 tahun, serta memiliki seorang anak angkat iaitu Muhammad Adam Emir, 10.


www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Misha Omar


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: