Pelakon Intan Najuwa atau nama penuhnya, Intan Najuwa Abdul Wahid, 23, baru-baru ini telah berkongsi beberapa keping foto ketika sedang menunaikan ibadah umrah bersama ahli keluarganya yang lain di akaun Instagram (IG) miliknya.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata mendoakan agar urusan mereka dipermudahkan dan berjalan dengan lancar. Bagaimanapun, terdapat segelintir netizen yang tidak berpuas hati dengan penampilannya ketika di sana.
Pelakon drama bersiri 'Kekasih Paksa Rela' itu menerusi Instagram Storiesnya turut memuatnaik 'screenshot' komen tersebut: "Ada eh yang posing macam ni kat Jabal Uhud. - "Tak tahulah niat dia apa kat sana," antara komen-komen yang ditinggalkan.
"Yeah itu terpulang kepada awak, kepada niat awak. I jarang balas komen orang tapi awak berdua sangat melampau. Fikir yang baik-baik boleh kan? Hati jangan busuk sangat. Niat I, I sendiri tau. Antara I dengan Allah. Awak berdua tolong diam dan bersihkan hati yang busuk tu. Terima kasih," balas Intan.
Klik untuk gambar besar




www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Intan Najuwa
________________________

No comments:
Post a Comment