28 January 2020

"AMBIK SUSU CAMPUR LOSYEN..." - SHAHIDA DEDAH QADEJAH DISLEKSIA


Menerusi satu entri yang dimuatnaik di laman Instagram, isteri kepada usahawan komestik, Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Datin Seri Shahida telah memberitahu anak kedua, Qadejah El Zahra disahkan alami Disleksia sewaktu berusia enam tahun dan dalam masa sama berkongsi pengalaman menjaganya.





Lambat membaca, sering menulis secara terbalik dan pakai kasut terbalik, Shahida menjelaskan anaknya semakin pulih selepas banyak usaha dilakukan dengan menghantar ke pusat latihan tertentu.

"Qadejah ni umur 6 tahun cikgu sekolah detect dia ada DISLEKSIA... atas nasihat cikgu saya bawa dia pergi buat test dan mmg dia ada disleksia.... dia lambat membaca dan selalu tulis terbalik, pakai kasut pun terbalik...

"Alhamdulillah byk usaha saya antaranya hantar belajar di Pusat Disleksia, ambik Guru Khas ajar di rumah dan bawa pergi latihan 'Brain Gym'. Alhamdulillah sekarang dia sangat pandai membaca lancar dan petah berkata2.... suka melukis dan cergas dan sigap orang kata!!," kata Shahida

Klik untuk gambar besar


Bekas anggota Solehah ini turut berkongsi beberapa perangai unik yang dilakukan Qadejah antaranya menggunting rambut sehingga pendek dan mencampurkan susu dengan losyen: "Dulu saya stress dgn Qadejah sebab perangai dia berbeza dgn Ammar... perangainya pelik2...... ada ada je benda dia buat hari2 dari kecik lagi!! Antara benda yg saya ingat:-

1.Umur 3 tahun dia kunci pintu bilik dari dalam dan ambik gunting dan di gunting rambut dia sendiri sampai pendek sebab dia nampak baem potong rambut!!

2.Dia ambik susu dalam peti ais dan dia campurkan dengan losyen badan dan dia masukkan balik dalam kotak susu tu... nasib yg minum tu x mati



3.Dia ambik plastik dia buat lobang kecik2 dan masukkan asam boi merah pastu dia letak air dan dia titikkan satu rumah

4.Yang terbaru dia masak telur senyap2 pastu tak tutup api sampai pecah tingkap kaca kat atas tu dek terlalu panas nasib baik ada staff nampak!!

"Ni budak x ada perasaan kena marah kena cubit ke dia tak nangis pun.... muka dia slumber je!! Tapi bab rajin No 1 x ada orang boleh lawan dia!!! Paling baik layan orang!! Ramah dan disenangi....," tulisnya.






www.myartis.com / Sumber & foto: Media Hiburan & Instagram Datin Nur Shahida


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: