05 January 2020

BEN AMIR: "BAWA KARAKTER BERAMBUT PANJANG... SAMPAI ORANG DAH BOSAN....."


Nama pelakon Ben Amir melonjak naik selepas membintangi drama 'Sweet Dreams' bersama pelakon Mira Filzah dan boleh dikatakan kini menjadi kegilaan ramai gadis diluar sana, malah ramai yang sukakan imejnya yang berambut panjang.





Ben Amir mengakui ada menerima tawaran yang memintanya untuk berambut pendek namun dia terpaksa menolak secara baik. Ujarnya lagi, buat masa ini dia tidak bercadang untuk menukar gayanya ke imej berambut pendek.

"Sekarang saya nak bawa karakter berambut panjang dulu sampai seorang orang dah bosan, barulah kita tukar imej. Kalau boleh dengan berambut panjang ni saya nak cipta satu imej yang pelakon lain tidak ada. Jadi saya akan kekal dengan imej ni sekejap," katanya.

Klik untuk gambar besar


Menurut Ben lagi, dengan imej berambut panjang lebih banyak watak atau karakter yang boleh dibawa. Dalam pada itu, Ben berkata penjagaan rambutnya tidaklah sukar, hanya memerlukan penjagaan tambahan sahaja.

"Dengan rambut sekarang, macam-macam watak boleh bawa. Ia tidak terhad pada waktu sahaja. Saya boleh jadi baik, boleh jadi jahat. Rambut panjang sekarang tak susah nak jaga pun. Saya guna syampu macam biasa cuma ada penjagaan tambahan menggunakan minyak kelapa," ujarnya.






www.myartis.com / Sumber & foto: Hlive, CARI Forum & Instagram Ben Amir


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: