05 January 2020

"JANGAN BESAQ CEPAT NAK, NANTI MUMMY RINDU NAK ANAK KECIK" - CHE TA


Menerusi laman sosial Instagram, pelakon dan pengacara Rozita Che Wan atau lebih mesra disapa Che Ta telah mengundang usikan wargamaya apabila diminta untuk menambah zuriat selepas dia berkongsi foto bersama anaknya, Aaisyah Dhia Rana, 6 tahun bersama kapsyen meminta puterinya itu jangan cepat membesar sebab nanti rindu nak anak kecil.





"Bila kat set shuting, rindu nk blk qumah, sebab dia la.. daddy dia tk penah kesah mummy nk blk kul bape, dia ja yg dok beletiaq ckp "Aaisyah dah tau, mummy Mesti balik lambat". Jgn besaq cepat nak, nanti mummy rindu nk anak kecik. #rozitachewan #cheta #rcw #aaisyahdhiarana #jan2019 #zsrcwfamily," tulis Che Ta menerusi ruangan kapsyen.

Kapsyen Che Ta yang rindu kehadiran anak kecil itu telah mengundang reaksi positif daripada pengikutnya apabila ramai yang mengusik untuk pelakon berusia 46 itu untuk berikan adik pada Aaisyah: "Tambahlah, sebab anak-anak mummy semua cantik macam mummy," ujar seorang wargamaya. - "Please bagi Aaisyah adik, please!" pinta seorang wargamaya.

Klik untuk gambar besar


"Aaisyah minta la adik kecil kat mummy. Nanti boleh teman Aaisyah kalau mummy balik lambat lagi," saran seorang wargamaya. - "Che Ta boleh mengandung lagi, bagi adik kat Aaisyah. Hehehe," usik seorang wargamaya.

Untuk makluman, Che Ta dan suaminya Zain Saidin telah mendirikan rumah tangga pada 11 Disember 2013 dan dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Aaisyah Dhia Rana. Che Ta turut mempunyai dua anak lelaki iaitu Ammar Affendy, 23, dan Aniq Ezzra, 21, hasil perkahwinan pertamanya sebelum ini.




www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Rozita Che Wan


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: